Myeongdong Street
Chaemin, hayoun, haerin dan yohan berlegar legar di kawasan itu untuk mencari kelibat sungjoon. Hampir semua kedai yang berada di situ mereka masuk untuk cari sungjoon, tapi satu kedai pun takde dia.
"Kenapa dia datang sini jugak kalau dia dah tahu perangai wooseok hyung tu macam setan?", kata yohan dengan geram.
"Tahlah han, bukannya aku tak halang. Dia tu yang konon2 fikir positif, ha positif sangat kan jadi lah macam ni", kata hayoun pula.
"Dah tu, sekarang ni mana kita nak cari sungjoon ni? Hampir semua kedai dah kita masuk, hujan pun dah nak reda dah ni", kata chaemin. Ha kau bayangkan hujan yang lebat gila tadi sampai dah nak reda diorang cari tak jumpa2.
"Unnie, apa kata kalau kita cari dekat kawasan padang tepi tasik tu. Mana tahu sungjoon unnie kat situ", cadang haerin.
"Tapi, takkan lah dia langsung tak cari tempat berteduh kot?", kata hayoun lalu membetulkan payungnya yang dah ghupa apa dah tu. Angin kuat sangat.
"Tapi kan, boleh jadi tau sungjoon dekat situ. Mana tahu dia tunggu je kat situ, dia kan suka sangat dengan wooseok tu sampai langsung tak kisahkan diri dia sendiri", kata chaemin.
"Betul jugak tu, jom pi sana"
"Jom", mereka berjalan bersama sama menuju ke padang yang dimaksudkan.
"Ish noona! Payung tu betulkan lah elok2, sakitlah kena cucuk", kata yohan kepada hayoun yang dari tadi membetulkan payungnya tapi tak elok2 juga dan yohan menjadi mangsa sebab dia jalan depan hayoun.
"Kau diam, aku sula kau kang"
"Nak sula2 kita lak"
"Korang boleh diam tak? Kang dua dua aku sula kang ey buang je lah payung tu seghabut aku tengok", ayok chaemin dah marah. Hayoun terus membuang payungnya ke dalam tong sampah. Hujan nak berhenti dah pun.
Sedang mereka berpusing pusing di kawasan tersebut,"Eh unnie, tu bukan ke sungjoon unnie?", tanya haerin dan menuding jari ke arah yang dimaksudkan dan ternampak kelibat sungjoon yang sedang bersandar di pokok dalam keadaan yang lemah dan dia sedang memeluk lututnya. Faham kan cane? pepandai ah😂
"Haah lah tu sungjoon!", maka mereka berempat berlari ke arah sungjoon dan sampai je dekat situ, haerin pegang sungjoon dan sungjoon terus rebah ke tanah.
"Sungjoonnn!", semua kabut tetiba.
"Aduhh sungjoon kau kenapa pulak ni bangun lahhh", hayoun menepuk nepuk pipi sungjoon. Tiba2 yohan membuka jacketnya dan dia sarung dekat badan sungjoon lalu yohan mengangkat sungjoon dengan gaya bridal style. Uwuuu
"Call teksi ke apa, kita bawak dia balik. Takkan nak bawak macam ni kot naik bas", kata yohan yang nampak agak cemas. Ha tapi tulah, memasing takde nombor teksi so terpaksalah tunggu sampai teksi muncul.
Beberapa minit selepas itu, muncullah teksi dan mereka menahan teksi tersebut. Perjalanan dari myeongdong street ke rumah sungjoon mengambil masa dalam 20 minit jugaklah.
.
.
.
.Han'sFamilyHouse
TING TONG TING TONG!
"Siapa pulak datang petang2 ni, aku nak tidur pun tak senang ish", bebel seungwoo dan pergi ke pintu untuk membuka pintu. Buka je pintu terpapar lah muka chaemin.
"Eh laaa bakal bini aye ghupanya, kenapa datang ni rindu eh?", seungwoo buat muka gatal dia.
"Hotak kau rindu, kau ni kenapa ha?", chaemin memukul lengan seungwoo, kuat.
YOU ARE READING
[OG] CRUSH AKU WOOSATAN || Kim Wooseok
RandomHan Sungjoon merupakan seorang perempuan yang menyukai seorang lelaki dari kelas sebelahnya iaitu Kim Wooseok Kim Wooseok merupakan seorang pretty boy yang cerewet, berlagak, riak, pangai cam hanot dan lain2 lagi. Mampukah sungjoon menambat hati woo...