Epsiode 1 : IntroductionAqil termenung jauh di tingkap kereta teksi menghadap pemandangan jalan raya.Perjalanannya ke tempat yang tidak diketahui dan ditempuhinya membuatkan perjalanan menjadi lama.Di tangan kanannya terdapat satu kertas kecil tertulis alamat rumah sewa yang sedang ditujuinya.
"Macam mana lah nanti ehh perangai sorang sorang dekat rumah sewa tuh" bisik hati aqil.
"Orang muda, pakcik nak tanya satu soalan boleh tak" tanya pemandu teksi tersebut..
Tersentak aqil dengan soalan pakcik tersebut.Selama perjalanan mereka yang mengambil masa 1 jam, ini kali pertama mereka berdua berbual.." ye pakcik tanya jelah" balas aqil
"kamu ni muda lagi,kenapa nak duduk rumah sewa? kamu lari rumah eh?" tanya pakcik teksi.
Menyampah aqil dibuatnya apabila soalan itu tiba tiba dilemparkan kepadanya.
"Orang tua nih biar betul, sampai kesitu pikir dia.." rungut aqil kecil di dalam hati
"taklah pakcik..saya nak duduk rumah sewa nih sebab dekat dengan tempat saya belajar pakcik..maklumlah saya ni kan budak bijak"
kata aqil dengan bangga saja menyakat orang tua tersebut.."ouhh budak bajak, baguslah macamtuh dekat area sini pun jarang anak muda macam kamu nih minat bertani, syukurlah ade lagi orang muda yang suka membajak ni ye" kata pakcik teksi sambil ketawa..
"alahai pakcik, pekak rupanya" keluh aqil
Selepas Beberapa Minit
Aqil akhirnya telah sampai di rumah sewanya..Tidak terlalu besar mahupun terlalu kecil..Setakat indah mata memandang dari luar..maklumlah rumah bujang..
Dengan perlahan aqil mengetuk pintu rumah.Dengan dua kali ketukan sahaja pintu rumah terus dibuka oleh seorang pemuda berkaca mata..
"Ouhh budak Sem 1, masuk-masuk " kata pemuda berkaca mata itu.
"budak sem 1, takde panggilan baik sikit ke" rungut hati aqil tidak puas hati..
"haa selamat datang jangan malu malu"kata pemuda kedua yang baru keluar dari belakang dapur..tubuhnya tidak berapa tegap dan sedikit berisi..
"duduk lah dulu tunggu sorang lagi dekat atas" katanya
aqil dengan sopan duduk di atas sofa lembut yang terletak di tengah tengah ruang tamu..
"Woi fathu,turun lah cepat" kata pemuda berkaca mata.
"yee kejap lah" kata pemuda ketiga dari tingkat atas rumah.."haa takpelah jom kita kenal-kenal dulu,nama aku shahrul danish panggil danish je, aku nih sem 2" kata danish
"wasap, nama aku faisal panggil faisal je, haa aku pun sem 2 jugak" kata faisal
"nama saya ahmad aqil , panggil aqil je" kata aqil.."NAMA AKU PULA"
Dengan tiba-tiba suara dari arah tangga kedengaran..
Ketiga-tiga mereka segara mengalihkan pandangannya ke arah tangga.."Hiyaaa!!!!"
*GEDEBUK*
Fathu terlantar di atas lantai selepas cuba melompat ke bawah dari tangga atas rumah.."adededede, sakitnya" keluh fathu
"ha tulah buat kerja bodoh lagi, malu sikit ade orang baru kat rumah nih" kata faisal.
" alah alah, nanti orang baru nih jadi orang lama jugak dalam rumah kita nih" kata fathu sambil bangun dari lantai..terbeliak mata aqil memandang ketinggian fathu apabila dia berdiri tegak dihadapan aqil..
"hehe aku suka reaction macam nih, buat aku bangga WAHAHAHAHA" kata fathu dengan bongkak.
"takde sape nak jadi tinggi macam kau" kata faisal dan danish.
"nama aku fathu, nama betul fathurrahman, tapi nama tu panjang sangat kalau nak panggil aku, panggil nama pendek je fathu okay" kata fathu dengan penuh bersemangat..
"apa jenis pengenalan lah bodoh!" marah danish..
"abang sem berapa?" kata aqil..
*errrkkk*
"WAHAHAHAHA ye ye aku abang kau..kau kena dengar cakap aku sebab aku ni ABANG kau." kata fathu dengan bongkak lagi..
"mula dah bodoh dia" keluh danish.
" dia nih sem 3, paling tua dalam rumahni" kata danish lagi.
"alaahai..patut lah tinggi semacam" kata aqil didalam hati..
"tapi nak tahu satu rahsia tak" tanya faisal pada aqil.
aqil mengangguk tanda 'iya'
"si fathu nih tahun lepas dia ade fail waktu sem 3, sebab tuh dia kena ulang balik sem 3 nih" bisik faisal, sengaja menguatkan sedikit suaranya supaya fathu dapat mendengar katanya..
"bahalul kau faisal, tak payah lah sampai nak bagitau rahsia aku tuh..meh sini kau" marah fathu sambil mengejar faisal..
"haihhh, haa macam nih lah rutin harian kitorang, kitorang takdelah fokus sangat study study nih, semua tuh boring, Hahahaha" kata danish menepuk-nepuk bahu aqil..
"habislah aku, aku suka study..macam mana aku nak hadap situasi nih tiap hari nanti" keluh aqil di dalam hati..*tok..tok..tok*
pintu rumah mereka diketuk sekali lagi..
kali ini faisal pula yang pergi membuka pintu rumah..
Seorang pemuda yang tingginya tidak terlalu tinggi tetapi lebih pendek dari mereka berempat berdiri di luar rumah.."ouhh budak sem 1.. masuk masuk buat macam rumah sendiri.." kata faisal.
Dengan muka selamba pemuda tersebut masuk dan menanggalkan kasutnya..dari cara pemakaiannya yang kemas dan bersahaja menampakkan dirinya datang dari golongan yang agak kaya..
"bilik kosong ade dekat mana.." kata pemuda tersebut..
"ade dekat atas belah kiri" kata danish pelik
tidak cakap banyak, pemuda itu terus berjalan menuju ke tangga..
"ehh sabar lah kejap, kita kenal kenal lah dulu, tau tau nama ke" kata faisal.
"Nama aku daniel, ha semua dah tau kan, ade ape ape lagi" katanya dengan nada menyampah.
"berani kau cakap macam tuh" kata fathu sambil menuju ke daniel..
"sabar fathu, sabar" kata faisal menarik lengan fathu..
"ouhh daniel, aku faisal, yang nih sama sem dengan kau, aqil..yang pakai spek nih danish..haa yang tinggi nih fathu.." kata faisal memperkenalkan rakan rakanya.."okay" kata daniel sambil menuju ke biliknya di tingkat atas..
"ehh dia ingat dia tu siapa main masuk macam tuh je" kata fathu..
"alaa biasalatuh, mungkin dia malu" kata danish menenangkan fathu..
"kalau macam tuh, saya nak pergi kemas bilik saya jugak boleh?" kata aqil..
"ehh tunggu dulu, ade sorang lagi kan budak sem 1 nak datang" tanya danish.
"ermm saya tak tau lahh" balas aqil.
"ouhh irfan, dia kata dia datang rumah kita esok..sebab harini dia ade hal dengan family." jelas faisal..
"macam mana kau tahu?" tanya fathu..
"dia mesej aku kat WhatsApp tadi" jelas faisal lagi..
"aikk siap WhatsApp lagi" kata fathu..
"entah lah aku pun tak tau macam mana dia dapat nombor aku.." kata faisal..
"Kalau macam tuh jom lah tidur, aku pun dah penat nih" kata danish..
"LET'S GO!!" fathu menjerit kemudian lari menuju ke biliknya..
"ha,aqil meh aku tunjuk bilik kau" kata faisal.
aqil mengangguk tanda setuju..
END EPISODE 1
- INTRODUCTION..
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
DragosteCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...