EPISODE 15 : Ex Lover In The ShowDi University
Athirah dan farah sedang berjalan menuju ke hall course mereka.
"Oii perempuan" panggil arra dari belakang.
Athirah dan farah segera memalingkan wajah mereka ke belakang.
Arra dengan muka yang kerek berjalan menghampiri mereka berdua."kau athirah kan?" tanya arra pada athirah.
"ermm ye kenapa?" pelik athirah
Farah juga turut pelik kerana tiba-tiba sahaja perempuan yang tak dikenali mereka muncul dengan muka yang sombong.
"aku selalu nampak kau dengan irfan luang masa sama-sama,kau jangan ingat aku tak perhatikan kau!" kata arra dengan nada agak tinggi.
",irfan,jap-jap, kau kenal dia ke?" tanya athirah pelik
"Kitorang nih lebih dari kenal,ehh aku taknak cakap banyak,sekarang nih,aku nak bagi kau amaran eh,kau jangan lagi dekat dengan irfan" arra memberi amaran kepada athirah.
"ehh apa nih merepek lah,jom lah kita pergi" alia cuba meleraikan keadaan.
Athirah masih lagi enggan untuk berundur.
"ehh tak sekarang kau nih siapa,tiba-tiba datang cakap pasal irfan,larang aku bagai,ikut suka hati aku lah" marah athirah.
"Aku nih kekasih,irfan,dan untuk pengetahuan kau,aku dengan irfan dah bercinta dari sekolah menengah sampai sekarang" arra mereka cerita untuk merapuhkan hati athirah.
Athirah terdiam.
"sebabtu aku nak kau jangan sesekalipun jumpa dia lagi,faham tak" tegas arra lalu beredar meninggalkan mereka begitu sahaja.
"Wehh,kau jangan dengar sangat cakap dia,aku tak pernah nampak pun dia berjalan dengan irfan ke, keluar dengan irfan ke.Ini mesti reka cerita nak jeleskan kau" alia cuba menenangkan hati athirah.
"Buat apa aku nak risau,buat ape aku nak jeles." kata athirah perlahan.
"apa maksud kau nih,bukan kau bagitau yang kau ade hati dengan irfan ke?" pelik alia.
"Buat ape kalau hati aku je yang rase benda tuh tapi dia tak, aku tak kesah kalau perempuan tuh betul atau tak, yang aku nak cuma sentiasa ade bersama irfan dalam hidup aku"
"WALAUPUN SEBAGAI KAWAN"
Kata athirah.Athirah mendongak melihat langit yang cerah.
"weii,kau okay tak nih" risau alia.
"hahahha takde apelah, cuma rase kelakar,masalah kau baru je selesai dua hari lepas,lepastu masalah aku pulak muncul,haihh macam-macam" athirah ketawa.
"haahlahkan, takpelah nama pun sahabat,senang sama-sama,susah sama-sama" alia memeluk sahabatnya dengan erat.
Dia tahu hati athirah sebenarnya sedang meronta kesedihan selepas mendengar kata-kata dari arra sebentar tadi.Namun begitu,athirah memang seorang yang paling suka memendam perasaan dan masalahnya sendiri.
Di Cafeteria
"wehh,kau dah hafal semua dailog blom?" tanya yasmin pada amira.
"belum,aku baru tak bukak lagi pun weh skrip tuh" kata amira selamba sambil meneguk segelas air susu yang dibelinya tadi.
"ehh kau jangan main-main,tuh lah first time kita punya teater tau" kata yasmin.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomanceCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...