EPISODE 18 : Change1 Bulan Kemudian.
Daniel yang baru bangun dari tidurnya terus siap siap masuk ke dalam bilik air.
Dikunci rapat pintu tandas lalu pergi ke sinki untuk membasuh mukanya yang masih mamai dan penat dek kerana bermain bola tampar bersama rakan-rakan serumah dengannya.
Setiap kali air paip disapu ke mukanya,rasa lebih segar dirasainya.Dia mendongakkan kepalanya memandang dirinya di depan cermin sinki tandas.
Dikepalanya masih lagi memikiran tentang hal yang berlaku kepada fathu dan danish 2 hari yang lalu.Ini kerana inilah kali pertama dia melihat seseorang meluahkan perasaan mereka pada orang yang dicintai.
Dia menggelengkan kepalanya.
"kenapa hati aku teruja sangat nih" rungut daniel dalam hati.
"Mereka cuma kawankan, buat ape aku perlu fikir pasal diorang, diorang bukan fikir pasal aku pun" kata kecil hati daniel.
"Mungkin,ini yang dikatakan oleh mama dulu,"
"SAHABAT"
Kata Daniel.Setelah selesai mandi, daniel turun ke bawah pergi ke ruangan tamu.
Dia duduk di atas sofa lalu mencapai remote tv untuk menonton tv.
Walaupun Cuti Penggal 1 yang hanya tinggal 8 hari lagi untuk habis terasa amat lama baginya apabila selama ini daniel hanya menghabiskan masanya bersendirian didalam mahupun diluar rumah.
"Ouhh daniel,awal bangun" tegur faisal yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
Daniel hanya balas dengan senyuman.
Terlihat faisal sedang berjalan menuju kedapur.
"Kau nak masak ke?". tanya daniel.
"haah,asal?" tanya faisal semula.
Daniel bangun dari sofa di ruang tamu lalu menghampiri faisal.
"takpe biar aku masak hari nih" kata Daniel.
"HAAA!" faisal ternganga memandang daniel.
"dah kenapa kau" kata daniel.
Faisal menepuk-nepuk pipinya.
"haa ni bukan mimpi,kau biar betul daniel, serius lah kau nak masak" pelik faisal.
"yee sekali-skala, aku pun duduk rumah nih jugak" kata daniel sambil menggaru-garu kepalanya memandang syiling.
Faisal tersenyum.
"haa baguslah,kau buat dulu makanan semua siap siap,aku naik atas jap nak mandi" kata faisal.
"Ha okay" senyum daniel.
Daniel tanpa membuang masa terus masuk ke dapur dan menyediakan bahan-bahan yang perlu dimasakkanya.
Beberapa Minit Kemudian.
"Ffuhhh sedapnya bau, kita sarapan apa hari nih abang faisal" kata irfan yang baru keluar dari biliknya menjenguk di dapur.
"EHHH!!" jerit irfan apabila melihat daniel sedang memasak di dapur.
"ouhh selamat pagi" kata daniel melontarkan senyuman kepada irfan.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomantizmCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...