PART 2 : THE LAST MAN

48 4 0
                                    

EPISODE 2 : The Last Man

Keesokan harinya..
Bermula saat ini, kehidupan aqil sebagai seorang pelajar university perlu ditempuhinya sendiri.

Aqil baru terjaga dari tidur malamnya yang  panjang dek kerana penat mengemas biliknya malam semalam.Dengan pantas dia mencapai tuala mandi miliknya yang tersangkut di bucu katil dan terus keluar dari bilik menuju ke bilik mandi.

" kan bagus kalau bilik air ade terus dalam bilik kita sendiri" pikir aqil termenung menunggu giliran untuk menggunakan bilik air.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya pintu tandas dibuka.Daniel yang baru keluar dari tandas hanya menjelingkan matanya apabila memandang aqil di depan bilik air..

"Buat ape dalam bilik air lama lama haa" kata aqil cuba menyakat daniel dengan niat untuk bertegur sapa.

"heh, bodoh takkan masak dalam bilik air" sindir daniel tersenyum sinis lalu pergi meninggalkan aqil.

aqil hanya terdiam menyampah..

"kalau aku tau tadi, aku taknak tegur" kata hati aqil lalu masuk ke dalam bilik air.

"FATHU!!!!!!" jerit faisal.

jeritannya tidak disahut..

"mana si setan nih tak bangun bangun lagi ke" kata faisal.

"belum lagi lah tuh, macam kau tak kenal dia" kata danish.
"kan harini punya jadual dia kena buang sampah,tak reti-reti nak bangun awal,geram aku" marah faisal
"dah dah, skang nih kau pergi je masak tuh, biar aku kejutkan dia kat atas" kata danish menenangkan faisal.

Begitulah rutin harian dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam rumah sewa tersebut..Setiap hari, setiap orang akan diberi tugas dan kerja yang berbeza-beza.

Danish menuju ke bilik fathu.Pintu biliknya diketuk namun tiada jawapan..

"Memang sah si bebal ni tidur lagi" kata danish sendiri.

Perlahan-lahan danish memusing tombol pintu bilik fathu yang tidak berkunci..
Pintu biliknya dibuka perlahan..
Tanpa sebarang bunyi, danish menuju ke katil fathu dimana terpampang diri fathu sedang nyenyak tidur..

"Fathu sayang, bangun abang..mari lah makan dekat bawah sayang..sebelum makan abang buang lah sampah dulu ye" sakat danish, tangannya membelai-belai kepala fathu..suaranya dikecil dan dilembutkan supaya kedengaran seperti perempuan..

"Abang ku fathu bangun lah aban.." belum sempat danish habis menyakat, dengan tiba-tiba tangan fathu memegang kepala danish dengan erat..

"Yee Sayang, abang bangun nih" kata fathu yang masih mengigau sambil mencium pipi danish.

*PANGGG*

Melekap tapak tangan danish menampar pipi fathu dengan kuat..
Tamparan tersebut membuatkan fathu terus terbangun dari tidur dan igauannya..

"woii, yang kau lempang aku kenapa sial,sakit pipi aku,kacau betullah aku tengah mimpi cium tuan puteri" marah fathu pada danish..

"oii bahlul, kau mimpi cium tuan puteri,in real life pipi aku yang kau cium setan" balas danish

"dahlah bangun lah, dah pukul berapa nih tidur lagi, dengan sampah tak buang,puih" kata danish lagi lalu keluar dari bilik fathu.

Jam menunjukkan tanda tengah hari.Fathu yang baru saja selesai mandi terus mengambil sampah di dapur dan menuju keluar rumah untuk membuang sampah.

OUR LOVE NEXT DOOR Where stories live. Discover now