EPISODE 14 : A CHANCE"Hey daniel anak papa" sapa ayah daniel dari luar pagar rumah.
"papa buat ape datang sini" kata daniel.
"eh,takkan lah nak tengok anak sendiri pun tak boleh" kata ayahnya dengan nada seperti memerli.
"mama dah pergi tengok belum?" kata daniel memerli ayahnya pula
Ayahnya terdiam membisu.
"huhh,tak payah jumpa daniel lah, kalau mama,papa masih macam nih" sambung daniel lalu membuka pintu pagar untuk keluar pergi ke University.
"daniel," panggil ayahnya.
"meh papa tolong hantarkan" rayu ayahnya.
"tak payah,daniel boleh jalan sendiri,lagipun daniel dengan mama nih menyusahkan papa je" perli daniel lagi.
"daniel,pleasee,tolong,bagi papa peluang,papa datang sini sebab papa tau, papa salah,tapi kalau daniel dengan mama taknak bagi papa peluang,macam mana papa nak tunjukkan" rayu ayah Daniel lagi.
Daniel memalingkan wajah dan badan ke arah ayahnya.
Di University.
Athirah mendekati alia untuk menenangkan hati rakannya itu.
"wehh,sabar lah,kau jangan macam nih,benda macam nih boleh bincang elok-elok,kita cuba pujuk abang kau slow-slow". kata athirah sambil menepuk-nepuk belakang badan alia dengan lembut.
Alia mengambil nafas panjang dan bangun.
"dah takde menda nak dibuat lagi" kata alia
"jom lah,kita dah lambat" tambahnya lagi.
Zain pulang ke rumahnya pada waktu maghrib.
Dia tanpa mandi atau menyalin bajunya terus baring terlentang di atas katil.
Dia termenung ke atas syiling bilik,fikirannya tiba-tiba melayang memikirkan hal di University petang tadi.
"Walaupun abang cuba pisahkan saya dengan alia,hati kami tetap terikat satu sama lain,saya tetap akan cintakan alia!"
terngiang kata-kata faisal di University tadi membuatkan zain teringat kembali kejadian yang menimpanya 2 tahun dahulu.
2 Tahun yang lepas
Zain duduk diam di tengah-tangah bangunan University tanpa arah tuju.
Tiba-tiba dirinya disapa oleh seorang gadis jelita.
"hyee awak,awak student sem 1 ke?" tanya gadis itu.
"ouh,yee saya nak cari hall course fesyen designer" kata zain tergagap-gagap.
"lahhh yeke,kita ni sama course lah,meh saya tolong tunjukkan" gadis itu terus menarik tangan zain dan mereka menuju ke hall course yang dicari.
Muka zain menjadi merah dek kerana memegang tangan perempuan yang lembut lagi gebu, tambah pula mukanya agak bulat dan bibir tebal bergincu pink.Tidak pernah zain menjadi malu dan merasa berdebar apabila memandang perempuan sebelum ini.
Setelah sampai di hall.
"Haa,nanti awak pergi isi borang apa-apa yang diorang suruh lepastu awak masuk je dalam nih, saya ade dekat dalam" kata gadis itu.
Zain mengangguk tanda faham.
"ehh nama akak siapa?" tanya zain.
"tak payah akak akaklah, nama akak maya, panggil je maya" kata maya.
"ouh,saya zain" zain menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
Maya hanya tersenyum lalu menyambut tangannya dan bersalam.Sekali lagi mereka bersentuhan.
Di situlah detik permulaan bagi pengenalan zain dan maya.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomanceCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...