EPISODE 11 : SAY IT
Aqil dan yasmin sudah sampai di kawasan parking University.
Yasmin memberhentikan kereta untuk memberi aqil keluar terlebih dahulu."awak keluar dulu, nanti kalau orang lain tengok kita keluar dari kereta berdua je, diorang fikir macam-macam" kata yasmin.
"memang macam-macam nak jadi tadi" kata aqil di dalam hati.
"okay okay saya faham" kata aqil.
"ehh awak tunggu dulu" panggil yasmin.
Aqil yang baru saje membuka pintu kereta lalu menutupnya semula.
"apa dia?" tanya aqil.
"saya nak cakap sikit boleh" kata yasmin.
"tanya lah apa dia" aqil tersenyum.
"hehe okay okay"
"awakk,percaya tak cinta pandang pertama?" yasmin menggigit bibirnya sambil memandang tepat ke mata aqilAqil tersenyum tapi masih tidak memberi sebarang jawapan.
"saya tak pernah percaya semua tuh,malah saya tak pernah percaya pasal cinta pun" kata aqil.
"tapi kenapa?" tanya yasmin.
Yasmin yang dari tadi tersenyum terus berubah riak wajahnya."sebab saya tak pernah rase perasaan suka,syok dekat sesiapa,seronok bila jumpa dengan orang tuh" jelas aqil.
Yasmin hanya mendiamkan diri,dia berhenti memandang tepat ke mata aqil dan menundukkan kepalanya.
Aqil tersenyum melihat yasmin.
"tapii..."
"lepas saya kenal dengan awak,semua perasaan yang saya tak pernah percaya tuh datang tiba-tiba,ianya datang dengan serentak" kata aqil lagi.Yasmin terus mengangkat semula kepalanya memandang aqil.
Yasmin seperti mahu menangis kegembiraan namun ditahannya.
"okay lah saya pergi dulu" kata aqil lalu keluar dari kereta.
Yasmin hanya memandang aqil keluar tanpa mampu menghalang aqil.
"belum lagi,belum,dia belum cakap perkataan tuh" yasmin terus memberanikan diri keluar dan berlari anak mengejar aqil.
"Awakk tunggu." panggil yasmin.
Aqil memalingkan wajahnya.
"awak belum cakap lagi" kata yasmin.
"cakap ape nih" pelik aqil tersenyum.
"Awak tak cakap lagi perasaan awak dekat saya" kata yasmin lagi.
"saya pun tak tahu awak,saya nak kata ape nih" aqil seperti menyakat yasmin.
"mak saya kata,kalau kita ade perasaan macam tuh,tandanya kita cintakan orang tuh"
"saya dari kali pertama pandang awak,saya dah ade perasaan tuhh, saya..saya.""SAYA CINTAKAN AWAK!!"
Kata yasmin kepada lelaki idamannyaAqil tersenyum mesra dan melonjak kecil.
Dia kemudian berjalan perlahan menuju ke yasmin lalu memegang kedua-dua tangan yasmin."Kalau betullah,apa yang mak awak cakap"
"Yasmin,"
"SAYA PUN CINTAKAN AWAK"
kata aqil.Yasmin tidak mampu menahan lagi air mata kegembiraan.Dia melonjak badannya sedikit lalu memeluk aqil dengan erat.
Mereka berpelukan bersama tanpa menghiraukan kalau-kalau ade orang lain yang melihat mereka berdua.
Di Cafeteria.
Daniel dan irfan sedang makan bersama.
" haii irfan" panggil athirah yang entah dari mana datangnya menepuk belakang badan irfan.
*PUFFF* Tersembur air yang sedang diminum irfan hampir-hampir terkena daniel.
"alamakk,sorry awakk" athirah meminta maaf lalu mengeluarkan tisu untuk diberikan kepada irfan.
"wehh ape benda ni,kau tak nampak kitorang tengah makan,main terjah je" marah daniel pada athirah.
"alaa yang awak sibuk ni apahal,orang bukan datang kacau dia pun" balas athirah
"ewah ewah sedap je cakap,ehh kau dengan si bendul ni sama lah,dua dua menyemak" kata daniel.
"wehh,daniel,aku terasa tau tak" kata irfan.
"yang kau makan siap nak ajak awek kau ni apahal" marah danie pada irfan pula.
Athira tiba-tiba malu apabila daniel mengatakan bahawa dia dan irfan bercinta.
"Merepek lah kau nih,kitorang bukannya couple pun,lagi satu mana aku tau dia nih datang dari mana" kata irfan lagi
"awak,awak nak ape datang nih"tanya irfan pada athirah
"alaa saje je nak datang,nampak awak saya datang lah nak borak-borak dengan awak" kata athirah memuncungkan bibirnya membuat muka comel.
"Menyampah" kata daniel lalu bangun meninggalkan irfan dan athirah.
Terdapat sikit perasaan cemburu di dalam hati daniel
"oii,oii pergi mana tuh" panggil irfan
"alaa biar jelah dia tuh,awak saya nak cerita nih" kata athirah lalu duduk di tempat daniel.
Mereka berdua kemudian berborak panjang sambil bergelak ketawa.
Di hujung cafeteria,Arra melihat irfan dan athirah bergelak ketawa dari jauh.
"kalau aku tak dapat kau,takde siapa boleh dapat kau irfan" kata arra dari jauh.
Zain yang baru sahaja habis kelas menuju ke tempat parking kereta untuk pulang.
Tiba-tiba dirinya di panggil dari belakang."weii zain.. tunggu lah kejap"
Hafiz menahan zain dari terus bergerak."apa kau nih,eh aku lambat lah" marah zain.
"sabar lah aku nak bagitau something nih,"
kata hafiz"alahh nanti lah,aku ade hal lah" kata zain lagi.
"ehh ni pasal adik kau lah," tambah hafiz.
"kenapa dengan adik aku" zain mula curiga.
Hafiz kemudian membisikkan sesuatu pada telinga kiri zain.
Muka zain terus berubah marah apabila mendengar sesuatu yang dibisikkan oleh hafiz.
"EH MANA DIA SEKARANG!"
Marah zain.END EPISODE 11 :
SAY IT!
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomanceCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...