EPISODE 19 : FRIENDSDi Sebuah Restoran
"Daniel order lahh apa-apa dulu,papa nak kena angkat call sekejap" kata ayah daniel lalu keluar dari restoran.
Daniel tanpa membuang terus duduk dan menunggu dirinya untuk dilayan oleh pekerja di restoran tersebut.
Asyik melihat menu yang berada di atas meja,tanpa daniel sedar dirinya disapa oleh salah seorang pekerja restoran itu.
"Hii,selamat datang,boleh saya ambik order awak" katanya.
"ouh hii, EHHH!!!" terkejut daniel
Rupanya pekerja itu adalah Hanna iaitu jiran sebelah rumah sewanya.
"Engkau keje dekat sini?" tanya daniel.
"ermm yaa!, takkanlah aku tak sambung belajar nak mereput dekat rumah sewa tuh,baik aku keje." balas hanna
"jauh tempat kau kerja nih,ermm sorrylah aku tak tau" kata daniel lagi.
"kau ni pelikla,takde benda pun yang kau perlu minta maaf,lagipun memang semua geng kau tau kecuali danish, Hehe" terang hanna lagi.
"ouhh yelah buah hati kau tuh" sakat daniel tersenyum.
"ehh dah lah,ade apa-apa kau nak order tak?" tanya hanna.
"Milo ais 2" jawab daniel.
"orait kejap lagi sampai,haa kau datang dengan siapa?" tanya hanna lagi.
Daniel terdiam seketika.
"dengan ayah aku" balasnya.
"ouhh okay tunggu jap eh" kata hanna
Walaupun air milo ais telah sampai,namun ayah daniel masih lagi berada diluar bercakap dengan telefon.
15 minit kemudian.
"Ahh sorry daniel papa sibuk,client papa buat hal tadi" kata ayahnya.
"takpe dah biasa" jawab daniel selamba.
"wuu milo ais,ingat ehh kamu dekat air favourite kita" sakat ayahnya
"papa sorang je yang selalu tak ingat pasal kitorang" perli daniel lagi.
Ayahnya kemudian memegang tangan daniel.
"heyy kenapa nih, kita dah bincangkan hal nih,jangan macam nih please" kata ayahnya
Daniel terdiam.
"okay sekarang nih, apa yang kamu nak bincangkan dekat papa,cuba cakap apa dia?" tanya ayahnya lagi.
Daniel teringat kembali perbincangannya semalam bersama rakannya.
Sehari Sebelum.
"Kau biar betul daniel,kenapa kau nak pindah?" terkejut fathu.
"Aku kena ikut mak dan ayah aku pindah Australia" kata daniel.
"mak aihh, jauh betul sampai ke luar negara" kata danish.
"tapi kenapa kau kena ikut sekali,bukan ke kau cakap ayah kau pergi atas urusan kerja" kata aqil pula
"betullah,kalau kau tak ikut pun takpe,kau boleh duduk dekat sini,masa belajar kau pun panjang lagi." tambah irfan.
"Haa betul tuh,bijak jugak si bendul nih" kata fathu menepuk belakang irfan.
Daniel terdiam.
Aqil memandang ke arah daniel.
"haihhh macam nih cerita dia,daniel nih dari kecik berpisah dengan ayah dia,dia membesar dengan mak dia je tanpa ade kasih sayang dari mana-mana lelaki lain,takde abang, takde adik lelaki,tapi sekarang nih,ayah dia nak bersatu balik dengan mak daniel nih,apa yang berlaku dekat daniel sekarang,dia nakkan keluarga dia bersatu tapi dalam masa yang sama dia taknak berpisah dengan kita" terang aqil dengan panjang.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomanceCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...