EPISODE 17 : The Chosen One
DI SEBUAH KEDAI KEK.
"AAAAA!"
"ERMM sedapnya kek nih awak" kata alia menikmati suapan kek daripada faisal.
Faisal tersengih.
"buka mulut,giliran awak pulak" kata alia menghalakan sepotong kek ke arah mulut faisal.
"AAAA"
"ermm,hehehe" tersengih-sengih faisal dapat bermanja dengan buah hatinya.
Mereka berdua kian rapat dan sangat selesa bersama tanpa sebarang masalah. Lagipun, selepas berjaya memujuk hati abang alia dan mendapat peluang untuk bersama.
"awak awak, saya nak tanya nih" kata alia
"tanya lah ape" balas faisal sambil menikmati kek di hadapanya.
"irfan tu playboy eh" kata alia
*ughukk*
Faisal tersedak selepas mendengar kata-kata alia dan kemudiannya ketawa terbahak-bahak.
"eyy yang awak gelak nih kenapa,orang serius tau,benci ah" alia merajuk.
"alololo,sorry lah awak" kata faisal yang masih geli hati.
"gelak lah lagi,gelak puas puas" alia menyimpulkan tanggannya dan memalingkan mukanya ke arah lain.
Faisal dengan perlahan membelia pipi alia dengan lembut dan memegang dagu, kemudian memusingkan kepala alia ke arah faisal dengan penuh belaian kasih sayang.
Mereka berpandangan mata,tidak menghiraukan keadaan sekeliling di dalam kedai kek,Faisal terus menatap mata alia dengan lama.
"I minta maaf tau sayang,jangan macam nih" kata faisal dengan lemah lembut sambil mengusap-usap pipi gebu kekasihnya.
"ishh takde ape lah,saya pun main main je nih" alia kembali tersenyum.
"yeke,yeke,yeeh" perli faisal, tangannya masih lagi tak berhenti mengusap pipi gebu alia.
"eyy malu lah orang tengok" kata alia menurunkan tangan faisal dari pipinya.
"ermm malu apenya" jeling faisal.
"awak nih,jangan lari topik,saya tanya tadi kan" marah alia
"apa, pasal irfan tuh?" pelik faisal.
"yee lah, apa lagi" kata alia.
"mana lah saya tau awak,setahu saya dia nih bendul,takkan lah dia jadi playboy" terang faisal.
"masalahnya,saya dengan athirah selalu nampak dia keluar dengan sorang perempuan nih haa,mesra rapat je" jelas alia.
"apa yang playboynye,awak nampak dia berlajan dengan perempuan sorang je kan.
Bukan dengan banyak perempuan pun" pelik faisal."awak tak faham lah,athirah tuh sukakan irfan" kata alia.
"wuishh, serius lah" terkejut faisal.
"iyee,irfan ni pulak macam selalu ade dengan athirah, diorang ni selalu jugak lah keluar berdua,cuma senyap-senyap je." jelas alia lagi.
"entah lah awak,saya tak pernah tau pun pasal nih,macam awak cakap lah,diorang keluar senyap-senyap,so saya tak tau lah"
terang faisal."haihh,kesian athirah,saya harap dia dapat lah selesaikan masalah dia." kata alia risau.
"awak dah cuba tolong dia ke?" tanya faisal.
"dah,tapi dia kata kali nih,dia nak selesaikan semuanya sendiri,apa nak jadi,jadilah" jelas alia.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomanceCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...