PART 6 : THE ONE CALLED 'EX'

37 3 0
                                    


EPISODE 6 : The One Called 'EX'

"Hi,U"
sapa arra

"Ehhh,arra"
terkejut irfan

2 Tahun Sebelum

Irfan berjalan sendiri di gajah menyusur sekolah..Buku tebal dipeluk rapat di dada,beg sekolah yang berat di galas.
Seperti biasa, irfan akan pulang lewat dari sekolah selepas menghabiskan masanya di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran..

"Dia tunggu aku tak eh,aduhh lambat pulak hari nih." bisik irfan.

Langkah kakinya dipercepatkan..

Semakin hampir irfan di pintu pagar sekolah.Semakin jelas wajah dan tubuh kecil arra di luar pagar sekolah..

"haa baguslah dia tunggu lagi" lonjak irfan lalu berlari anak menuju ke pagar sekolah..

Sebaik sahaja hendak sampai di luar pagar sekolah,

*pammm*
sebijik bola sepak,dilontar laju terkena tepat di atas kepala irfan.
Irfan terjatuh mengekuh kesakitan
Bukunya yang dipeluk erat turut jatuh di dalam kelopak air..

"Hahahahaha,terpelanting member bohh" gelak seorang lelaki bersama seorang rakannya yang melontar bola tersebut di kepala irfan.

Arra yang melihat kejadian tersebut,segera berlari masuk ke sekolah semula menuju ke arah irfan.

"wehhh kamal, naim, korang dah melampau ehh" marah arra menolak mereka berdua jauh dari irfan..

irfan masih lagi mengeluh kesakitan sambil memegang kepalanya..

"ehh dah apahal perempuan nih tiber je" kata naim

"kau molek sikit, kau cakap dengan sape tuh" marah kamal.

"aku gurau je bah,takkan itu pun tak boleh bah,dah lah engkau settlekan lah sendiri,aku malas layan bah"naim merajuk sehingga terkeluar loghat sabahnya.

"awak apa nih,kenapa sampai buat macam nih" kata arra pada kamal

"sebab awak lah saya buat macam nih,ehh kenapa susah sangat ahh nak terangkan kat dia pasal kita" balas kamal

Irfan hanya terdiam mendengar perbualan kamal dan arra.Tangannya masih lagi mengusap-ngusap kepalanya

"ehh sabarlah, kan saya dah cakap bagi saya masa sikit." kata arra lagi.

"saya dah tak kesah,kalau awak sayang dia,baik awak terus terang je,kalau lama lagi, memang saya kerjakan si Bendul ni cukup-cukup" tegas kamal memberi amaran kepada arra lalu meninggalkan mereka berdua..

"awak okay tak" kata arra membelai kepala irfan dengan lembut..

"awak sentuh terus hilang rasa sakit tuh" gedik Irfan.

Tanpa sebarang reaksi diberikan oleh arra,arra terus menolong irfan dengan mengangkat buku-buku yang jatuh di lopak air..

"Jom lah kita balik, saya ade benda nak cakap" kata arra dengan nada serius.

Hati irfan mula berdebar, namun dia hanya mampu berdiam.Mereka berdua kemudian pulang dari sekolah berjalan bersama-sama.

Selepas beberapa minit perjalanan mereka pulang dari sekolah.

OUR LOVE NEXT DOOR Where stories live. Discover now