PART 16 : KEEP TRYING

24 4 0
                                    


EPISODE 16 : Keep Trying

KEESOKAN HARINYA.

"wehh danish,cuba kau tengokkan moto aku kejap,takboleh start lah,aku dah lambat pergi kelas nih." pinta fathu pada danish

Danish yang sibuk dengan telefonnya menghiraukan permintaan fathu yang terkejar-kejar untuk ke kelas akibat bangun lambat.

"Meh sini fon kau tuh,ahh" marah fathu lalu mencapai telefon danish.

"oii apa nih,bagi lah balik bongok" marah danish pula

"kau tuh,aku cakap kau buat bodo je eh,menda apa yang ralik sangat kau main nih" fathu melihat skrin pada telefon danish.

Jelas danish tengah •berchating• dengan hanna di aplikasi WhatsApp.

"Fuyooo,sejak bila kau ade nombor dia nih,untung bohh" kata fathu.

"ahh kau ni aku punya,sibuk je,nak cari lain ahh" sakat danish tersenyum.

"elehh,ehh dah lah,meh tolong aku betulkan moto nih" minta fathu sekali lagi

"Moto kau problem menda?" tanya danish.

"banyak cakap lah si mata empat nih,ehh mana lah aku tau,sebab tuh aku suruh kau tengokkan,kau kan pakar bab bab nih" terang fathu marah.

"haa yelah-yelah" balas danish

Mereka segera keluar rumah untuk melihat masalah di moto fathu.

"Tengok ha,aku start kan,dia tak bunyi apa-apa,senyap je,itu yang aku pelik" terang fathu.

Dengan pantas danish terus dapat tangkap masalah yang berlaku pada moto fathu.

"HAHAHAHAHA" danish ketawa besar.

"ehh apahal nih,macam beruk je" perli fathu

"ehh beruk tu kau, kau ni bodo eh" balas danish ketawa terbahak-bahak.

"menda bodoh kau nih, cepat lahh apa masalahnya,aku lambat dah nih" tegas fathu.

"kejap-kejap,HAHAHAHAH" danish masih tidak mampu menahan ketawa untuk berhenti.

"aku tumbok jugak kau nih patah cermin mata kau" ugut fathu geram.

"okay okay,nih ha masalah moto kau" kata danish.

Danish kemudian memutarkan kunci moto fathu kepada 'ON' lalu motonya dapat dihidupkan dengan senang.

"HAHAHAHAJA,kau ni bodo eh" gelak danish mengekek-ngekek

*PAAMM!*

Melakap tapak tangan fathu pada pipi danish.

"Thank You, aku pergi dulu" kata fathu dengan nada perli

Danish mengusap- ngusap pipinya yang sakit.
Tidak lama selepas fathu meninggalkan rumah sewa,telefon danish berdering menandakan mesej masuk.

"Jom kita keluar nak?"
Mesej Hanna

Danish tersenyum lebar lalu masuk kedalam rumah terus melonjakkan badannya dengan tinggi dan menjerit.

"YAHOOO!!" jerit danish

"Aduhh memekak lah" marah aqil berkata kecil.

Aqil yang lagi sibuk menyiapkan assignment menjadi  terganggu apabila situasi di rumah sewanya yang bising.

Di University

Irfan berjalan sendirian menuju ke kelas waktu paginya.Sedang dia berjalan di satu laluan, terserampak dia dan athirah pada satu arah yang berlainan.

OUR LOVE NEXT DOOR Where stories live. Discover now