EPISODE 12 : JUST BECAUSEFaisal dan alia sedang duduk di sebuah meja di dalam taman hiasan di University
tersebut.Mereka berdua tampak mengulangkaji pelajaran bersama-sama.Sejak kebelakangan ini, faisal dan alia kian mesra dan selalu bersama berdua.
Sedang mereka berdua leka berborak,zain dan hafiz tiba-tiba sahaja datang berjumpa dengan mereka.
"Adik!"
"kau buat ape nih?"
marah zain pada alia."ehh abang,"
alia dengan tiba-tiba menjadi gelabah tidak keruan."abang?,adik?" pelik faisal.
"ermm,ermm,awak,nih lah abang saya zain" alia memperkenalkan abangnya kepada faisal.
"yee,yee saya kenal,pernah nampak banyak kali, yoww zain" faisal cuba menyapa zain dengan mesra.
"kau tak payah nak buat baik depan aku lah, belakang aku, kau punya menggantal dengan adik aku" zain menepis tangan faisal dan memarahinya.
"ehh mana ade saya buat ape-ape bang,saya dengan dia study je kat sini" terang faisal.
"EH,KAU INGAT AKU BODOH KE HA?!" zain menengking lalu menolak kepala faisal dengan jari telunjuknya.
"Abang apa nih,tak payah lah sampai nak naik tangan" tegur alia.
"kau diam,abang tak cakap dengan adik." marah abang pada adiknya.
"ehh,aku bagi kau amaran ehh, kalau kau dekat lagi dengan adik aku,aku dapat dengar kau keluar lagi dengan adik aku,siap kau aku kerjakan" gertak zain.
"ehh abang sudahlah,ape nih,adik nak berkawan dengan dia pun tak boleh ke?,takkan kawan pun adik nak kena bagitau abang ha" alia mengeluh tidak berpuas hati.
"kau jangan nak melawan cakap aku eh,aku pesan kau ape dulu, datang sini untuk ape?!" marah zain.
Alia hanya terdiam ketakutan,badannya betul-betul bergetar dari kakinya sehingga kepalanya.Alia seperti menahan sebak ditengking oleh abangnya sendiri..
Sayu hati faisal melihat alia sedemikian rupa apabila abangnya memarahinya.
Faisal dengan perlahan-lahan melutut ke tanah.
"Saya hormat abang sebagai senior saya,kalau abang tak mahu saya dekat dengan adik abang,saya boleh jauhkan diri saya,abang mana yang tak sayang adikkan.
Perlahan Faisal mengalirkan air mata.
"tapi,kalau abang nak jadi sebagai abang yang baik,yang mahu memastikan kebahagian adik dia terjamin,cuba abang fikir,betul ke semua yang abang buat nih,dapat menjamin kebahagian adik abang"
faisal memandang tepat ke arah zain sewaktu bercakap.Zain terdiam seketika.
"Ini semua poyo je nih,nama pun dia nak adik kau, sebab tuh dia cakap macam tuh" kata hafiz.
zain memandang hafiz,alia dan kemudian faisal.
Zain duduk bercangkung untuk bercakap dengan Faisal yang sedang melutut.
"kau cakap semua nih, sebab kau suka dekat adik aku kan" kata zain.
Alia berdebar menunggu jawapan dari faisal.
"Tak suka" kata faisal.
Alia pelik.
"TAPI AKU CINTAKAN DIA"
Kata faisal tepat di muka zain.
zain terus naik berang lalu menumbuk muka faisal menyebabkan faisal tertiarap ke tanah."Pergi mampus lah cinta kau tuh ha sial" jerit zain.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomanceCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...