EPISODE 20 : SHOW TO ME!!Hari yang dinantikan telah tiba.Amira duduk di belakang takbir dengan perasaan yang gemuruh.Jarinya tidak habis memicit-micit antara satu sama lain.Dadanya berdetup laju sehingga kedengaran nafas yang keluar dari mulutnya.
"Woii!!" tampar yasmin dari belakang.
"adehhh, apahal kau nih" marah amira.
"kau tu apahal.terketar-ketar semacam" balas yasmin.
"memang lah aku ketar, ni first time tau persembahan teater kita depan orang ramai, satu U pulak tuh datang tengok" kata amira gemuruh.
"nama pun persembahan, takkan lah kau persembahkan bakat lakonan kau dekat kucing" perli yasmin.
"bukan macam tuh yang aku cuba cakaplah haihh, kau tak gemuruh ke?" tanya amira pada yasmin.
"takpun, bagi aku inilah masanya untuk aku tunjukkan bakat aku dekat orang ramai,biar khalayak tau siapa YASMIN SEBENARNYA, SI PERLAKON TERKENAL SUATU HARI NANTI!!" jawab yasmin dengan bangga.
"kalau lah aku dapat aura confident dia nih kan bagus" bisik hati amira.
*Di tempat duduk penonton*
"Wahhh ramainya orang" kata fathu teruja.
"itulaj,tak pernah aku nampak u kita nih ramai orang" sambung danish
"memanglah abang semua tak boleh nampak ramai orang, sebab selalunya abang fathu dengan abang danish datang lambat ke kelas, so bile semua sibuk belajar dalam kelas masing masing, masa tuh lah baru abang berdua terhegeh-hegeh nak datang kelas" kata irfan pada aqil yang duduk di sebelahnya.
Aqil tersenyum
"Apa kau cakap!!" jerit fathu dan danish, berdua memicit pipi dan menarik telinga irfan.
"adedehdehdeh, sorrylahh!" ronta irfan.
"oii korang bertiga boleh diam tak, malu sikit dekat orang ramai" tegur faisal pada mereka bertiga
"Hai korang!" jerit farah dan rakan-rakannya yang lain pada jiran mereka yang duduk berjarakkan 2 kerusi dihadapan farah.
Kesemua lelaki tersebut semua melambaikan tangan kepada mereka.
"Hii!!" jerit fathu pada farah
Terlihat danish juga bermain mata dengan hanna.
Hanna hanya tersenyum malu.
"Ehh tapi ade yang kurang lah, mana daniel?" pelik alia.
"Haah lah, dia takde pun kat situ, jangan jangan dia dah pergi tak?" fikir farah.
"ishh kau nih, jangan nak merepek lahh, tiket flight dia kan esok petang." terang hanna.
"ehh betulke?, habistu mana dia?" tanya farah lagi.
"ehh mana lah aku tau" balas hanna
Sedang mereka berdua berborak, alia memandang athirah yang dari tadi hanya mendiamkan diri di tempat duduknya.
Athirah tidak duduk bersahaja, matanya tertumpu pada arra yang baru sahaja masuk di dalam dewan tempat persembahan teater dilangsungkan.
Arra yang baru sahaja masuk di dalam dewan tersebut dengan segera duduk di sebuah tempat duduk yang agak bawah dari tempat irfan dan athirah berada.
Arra dengan tiba-tiba meletakkan kepalanya di bahu seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya. Tidak cukup dengan itu, arra memeluk erat tangan lelaki asing itu tanpa sebarang tanda segan silu.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR
RomanceCinta Sejati Ade Kalanya Tiba Pada Waktu Yang Muda.. Our Love Next Door mengisahkan 6 Sahabat Lelaki yang berpindah di rumah sewa berdekatan dengan University mereka..Masalah Cinta mereka mula terjadi apabila berdepan dengan 6 sahabat perempuan yang...