𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
Jungkook's
"Hey Jeon , kau pergi ke group date tu ?" soalan Tomyam , rakan sekelasku menarik perhatian.
Aku yang tengah fokus main PUBG terus terhenti dan tolehkan kepala memandang ke arah gadis itu yang sedang duduk di atas meja belajar aku.
Sebelah kening aku diangkat ke atas. "Ha ?"
"Aku dengar , kau memang suka join group date ni. Dan as usual , kau jugak yang tarik perhatian budak budak perempuan yang pergi tu"
Tomyam berkata selamba sambil perlahan turun daripada meja aku dan mengambil tempat di sebelah aku.
"Jadi ? Dah aku hensem sangat , nak buat macam mana" balasku selamba.
Mendengarkan sahaja kata kata aku , gadis itu terus menggulingkan matanya ke atas. Menyampah barangkali.
"Aku dengar group date kalini dengan budak kelas sebelah. Tak tahu lah siapa yang join"
"Astu ? Kau nak aku cakap apa ?" aku kerutkan dahi malas kepadanya.
Jari jemari masih lincah di atas keyboard telefon. Main game lagi penting dari hadap member kot.
"So kau join la ni group date malam ni ?" soal Tomyam lagi ingin tahu.
Aku angguk tiga kali sebagai jawapan namun langsung tidak menoleh bagi memandang ke arahnya. Lagipun aku nak levep up dah ni !
"Hey Jeon , jangan lah palau aku fucek !"
Tak pasal pasal kepala aku kena hempuk dengan buku teks oleh Tomyam. Alahai minah sorang ni , nasib kau perempuan je kalau tak dah lama aku tibai.
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
"Hai , saya Lisa" gadis berambut blonde itu mula memperkenalkan diri.
"Hi , saya pulak Lia !" tersengih sengih gadis di sebelahnya itu.
Aku hanya memandang mereka berdua tanpa langsung rasa minat. Dah biasa dah jumpa dengan budak budak perempuan group date , tapi semua tak menarik perhatian.
Harini group date ada tiga pasangan. Di barisan lelaki ada aku , Yeonjun dan Mark. Kami mengambil lokasi di sebuah kedai makan.
"Hey , kenalkan lah diri kau" Lia mencuit bahu seorang gadis yang duduk di hadapan aku ini.
Aku hanya mengerutkan dahi dan memandang gadis itu dengan pandangan penuh judgemental.
Gadis itu memandang wajah Lia takut takut sebelum dia memandang wajah kami yang lain silih berganti. Bibirnya diketap rapat.
"Ja-Jang Yiseo." akhirnya dia mengenalkan dirinya juga.
Aku hanya memandang wajahnya tanpa langsung rasa minat. Rupa dia pun takde lah lawa mana. Sama jugak dengan Lia dan Lisa.
Dorang bertiga nampak biasa je. Aku hanya melepaskan keluhan pendek sebelum meneguk air di hadapan aku.
"Hey Yiseo , jangan lah nervous nervous. Harini kita semua santai santai je , okay ?" Mark di sebelah aku mula bersuara.
YOU ARE READING
𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjk
RomanceBercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau macam mana sekalipun dipujuk , masih tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan gadis itu. Mengapa ? Kerana lelaki juga dikurniakan denga...