𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
Jungkook berjalan keluar daripada bar tersebut seorang diri. Dengan cara jalannya yang terhuyung hayang dia berjalan sahaja. Menuju ke arah pondok perhentian bas untuk menahan teksi dan balik ke rumahnya.
Walaupun pada awalnya , Dakyung sudah menawarkan dirinya untuk membawa Jungkook balik ke rumah , namun lelaki itu tetap berdegil dan berkeras tidak mahu menerima tawaran Dakyung.
Diberi amaran sekeras kerasnya kepada tunangnya itu untuk tidak mengkutinya ataupun cuba untuk membantunya berjalan dengan betul memandangkan dia sedang mabuk.
Kerana Jeon Jungkook ingin berseorangan.
Akhirnya langkah Jungkook tiba di kawasan pondok perhentian bas yang kosong tanpa seorang manusia pun. Tangannya menahan tiang besi tersebut.
Menahan dirinya daripada terjatuh di atas lantai dan terlelap di tengah jalan. Walaupun kepalanya terasa berat dan sakit , namun digagahkan juga dirinya untuk berdiri.
Peluh peluh dingin sudah pun meleleh di dahi dan leher Jungkook membuatkan rambutnya kelihatan agak basah sedikit kerana peluh.
Dadanya pula berombak naik dan turun dengan lajunya membuatkan pernafasannya menjadi seakan tidak teratur. Seolah olah dia sudah pun berlari dengan laju sebentar tadi.
Kepalanya yang terasa agak pedih itu dipegang erat. Jungkook mengerutkan dahinya bagi menahan rasa sakit di kepalanya yang bagaikan mencucuk cucuk itu.
Entah kenapa , segala memori manis bersama gadis yang dicintainya itu kembali bermain di dalam kepalanya.
Senyuman manis dan gelak tawa gadis itu.
Rambut gadis itu.
Mata cantik gadis itu.
Dan bila gadis itu menangis...
Semuanya bermain di dalam kepala Jungkook. Bagaikan diulang tayang semua memori manisnya bersama gadis yang pernah mengajarnya erti cinta yang sebenar benarnya.
"Argh !" Jungkook meraup wajahnya kasar.
Kepalanya dihantukkan kepada tiang besi itu berulang kali , berharap supaya imbasan memori itu hilang serta merta. Kerana Jungkook tidak mahu lagi mengingati gadis itu.
"Lupakan dia , Jungkook. Lupakan..."
Walaupun matanya sudah berair dan air mata bakal menitis , imbasan memorinya masih kekal bermain di dalam kepalanya. Langsung tidak mahu Jungkook melupakan saat saat terindah di dalam hidupnya.
Di detik detik terakhir dia bersama Jungkook.
Imbasan wajah gadis itu yang menangis dan terluka disebabkan Taehyung bermain di dalam kepalanya membuatkan Taehyung menggeleng kepalanya laju.
Air matanya mengalir.
"Yi-Yiseo..."
Disebabkan masih geram dengan dirinya yang kelihatan begitu lemah itu , Jungkook menghantukkan kepalanya lebih kuat berulang kali di tiang besi tersebut.
YOU ARE READING
𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjk
RomanceBercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau macam mana sekalipun dipujuk , masih tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan gadis itu. Mengapa ? Kerana lelaki juga dikurniakan denga...