eight

735 121 77
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Ju-Jungkook..."

Aku kemam bibir rapat tatkala tubuh kecil aku ini didakap dengan begitu erat sekali dengan lelaki bertubuh tegap di hadapan aku ini.

Seluruh tubuh aku kaku buat seketika kerana badannya yang lebih besar memeluk tubuh aku. Hangatnya tubuhnya memeluk tubuh aku dapat aku rasakan.

Dan seperti biasa , jantung ini berdegup laju bagai hendak gila.

Aku sebenarnya baru sahaja terbangun daripada tidur dan terjaga tatkala Jungkook sedang memeluk tubuh aku dengan erat sekali.

Dia sedang tidur sambil memeluk tubuh aku.

Wajah aku dibenamkan ke dadanya. Walaupun sedikit lemas namun dakapan aku dan dia tidak lah terlalu erat.

"Rindu..." aku genggang erat tangan aku. "Sa-saya betul betul rindukan pelukan awak , Jeon Jungkook"

Tubuh Jungkook bergerak gerak sedikit sebelum dia menarik tubuh aku lebih dekat dengannya sehingga kini tiada lagi jarak di antara aku dan dia.

Aku tergamam.

Kedua dua belah tangannya memeluk erat tubuh aku bagai aku ini merupakan teddy bear kecilnya yang dia selalu peluk ketika tidur.

Tubuh badan Jungkook yang terdedah dan terasa agak sejuk itu aku peluk erat. Memberikannya hangat yang ada pada tubuh aku sendiri.

Tubuh Jungkook yang sasa memeluk tubuh aku , aku betul betul rindukannya.

Walaupun aku tahu dia sedang tidur dan tidak sedar dengan apa yang dia sedang lakukan kepada aku , tapi aku ingin hargai waktu waktu ini sepuas hati.

Aku tahu , ini sahaja peluang yang aku ada.

Kerana hubungan aku dan Jungkook tidak lagi seperti dahulu. Dia yang sentiasa memeluk aku , mengucup dahi aku lembut dan cuddle semahunya dengan aku...

Kami tidak akan sama seperti dahulu lagi.

Jadi aku perlukan moment moment terakhir ini bersama dengannya supaya aku takkan menyesal di dalam hidup aku lagi.

"Yiseo...." suara garau Jungkook kedengaran perlahan namun dapat aku dengari.

Pantas aku mendongak kepala ke atas dan memandang wajah Jungkook yang masih terlelap itu. Mulutnya terbuka sedikit.

Dapat aku lihat peluh peluh mula meleleh di dahinya seakan akan dia sedang mengalami mimpi yang sangat buruk.

Aku cuba untuk melepaskan tangan Jungkook daripada memeluk tubuh aku dengan erat. Aku mula mengesot ke belakang sebelum mengubah posisi dari baring kepada duduk bersimpuh di atas katil.

Kepala Jungkook aku angkat perlahan sebelum daratkan di atas peha aku sendiri. Peluh peluh yang menitik di dahinya itu aku kesat perlahan dengan selimut.

"Kook , awak mimpi buruk ke..?" soal aku lembut.

Dia tidak menjawab. Namun masih mengerutkan dahi dan menggerakkan sedikit kepalanya seolah bermimpi buruk.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now