eleven

772 104 49
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Lampu bilik tidur Yiseo sudah pun dipadamkan. Menunjukkan si gadis itu sudah pun mengambil keputusan untuk tidur pada waktu itu.

Jungkook yang sedang berada di luar rumah bekas teman wanitanya dengan hanya menyarungkan hoodie berwarna hitam pada tubuhnya itu perlahan lahan mengangkat wajah.

Dia hanya menatap lama ke arah tingkap bilik Yiseo itu. Biliknya yang sudah pun bertukar gelap dan Yiseo yang sudah pasti sudah pun tidur.

Kedua dua belah tangannya masih setia diletakkan ke dalam poket hoodienya. Matanya masih tidak lepas dari memerhatikan bilik gadis itu.

Jauh di dalam sudut hatinya , dia rindu.

Keluhan berat dilepaskannya perlahan. Dia memejam kedua dua belah matanya rapat lalu menundukkan kepalanya ke bawah semula.

"Rindu tu... memang betul betul berat"

Sebaik sahaja menuturkan baris ayat tersebut di bibirnya , dia mula memusingkan tubuhnya ke belakang dan mula mengambil langkah untuk pulang ke rumah.

"Baru balik ?"

Satu suara seorang wanita menyapa gegendang telinga milik Jungkook tatkala dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam miliknya.

Langkahnya terus terhenti. Walaupun dia tidak memusingkan tubuh dan mencari siapa yang menegurnya , dia sudah pun tahu gerangan suara itu.

Puan Jeon.

"Kau pergi mana ? Rumah perempuan tu lagi , hm ?"

Perlahan lahan wanita itu melangkah menghampiri anak lelakinya dengan keadaan berpeluk tubuh. Jungkook hanya menundukkan sahaja wajahnya ke bawah.

Renungan tajam diberikan kepada anak lelakinya dengan penuh angkuh sekali. Tiada secalit senyuman pun yang mampu Puan Jeon ukirkan kepada Jungkook.

"Kau cakap , kau dah tinggalkan dia ? Tapi selama aku perhatikan kau , selalu je kau keluar malam malam dan cuba untuk tengok perempuan tu dari jauh"

Jungkook melepaskan keluhan berat. Perlahan lahan dia mengangkat wajahnya ke atas dan menatap wajah Puan Jeon. Jelas kelihatan , dia terlalu letih.

"Omma , Kook nak naik tidur. Penat. Pening kepala ni" ujarnya perlahan.

Matanya yang kuyu memandang sahaja wajah ibunya itu dengan pandangan penat. Betul betul penat melayan wanita itu.

Sebaik sahaja berkata begitu , Jungkook terus memulakan langkahnya dan ingin pergi meninggalkan Puan Jeon di situ.

"Jeon Jungkook"

Langkahnya terus terhenti.

"Aku dah cakap banyak kali. Perempuan tu tak layak untuk kau"

Jungkook hanya membiarkan sahaja kata kata Puan Jeon dibiarkan sepi. Perlahan kakinya melangkah ke hadapan untuk mendaki tangga dan naik ke biliknya.

Tubuh badannya harini terasa begitu letih dan penat sekali untuk dia bergerak lagi. Rasa bagaikan hendak pitam sahaja.

Dengan kes yang berlaku pada pagi ini lagi , dengan Puan Jeon yang tak habis habis ingin menentukan masa hadapannya lagi.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now