𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
"Kaki kamu dah okay ?" soalan yang ditujukan Doktor Kim membuatkan aku mengangkat wajah dan memandangnya.
Wajah doktor muda yang manis dengan senyumannya di hadapan aku itu aku tatap buat seketika sebelum terus menundukkan pandangan semula ke bawah.
Melihatkan sahaja respon aku seperti itu kepadanya , senyuman manis doktor muda itu terus pudar. Bibir bawahnya digigit lalu belakang lehernya diusap perlahan.
"Saya ada salah cakap ke , Cik Yiseo ?" soalnya lembut.
Mendengarkan sahaja soalan itu ditujukan kepada aku , aku terus menggeleng kepala perlahan. Wajah pula masih setia ditundukkan ke bawah seperti tadi.
"Kaki awak dah okay. Jadi lepasni tak perlu lah awak susah susah dah pakai tongkat ke apa untuk berjalan. Awak pun dah boleh pergi ke sekolah macam biasa." jelas Doktor Kim.
Namun aku masih menundukkan pandangan aku ke bawah dan langsung tidak terniat pun untuk mengangkat pandangan dan bertentang mata dengannya.
Doktor Kim memandang aku pelik sambil sebelah keningnya diangkat ke atas. Pelik pulak lelaki itu melihat aku yang berkelakuan aneh seperti ini di hadapannya.
Dia mengusap dagunya perlahan. Cuba untuk memikirkan apa apa yang mungkin boleh dikaitkan dengan punca aku kelihatan cukup sedih dan kecewa ketika ini.
Buat seketika , dia mengeluh. Baru teringat akan sesuatu yang rasanya itulah merupakan penyebab aku tidak henti henti menundukkan pandangan aku ke bawah.
"Apa yang... doktor cakap haritu... betul ke ?" soalku lemah.
Perlahan lahan aku angkat wajah ke atas dan mata aku kini mula bertemu dengan sepasang mata berwarna coklat terang milik doktor muda tersebut.
Lelaki itu hanya memberikan aku pandangan redup sahaja. Langsung tidak tahu ingin memberikan reaksi yang sebagaimana kepada aku ketika ini.
"Wa-walaupun apa yang doktor cakapkan dekat saya , saya masih tak boleh nak terima langsung dengan kenyataan tu !" aku mula meninggikan suara kepada Doktor Kim.
Doktor Kim masih berdiam diri dengan pandangan kosongnya kepada aku. Langsung tidak terkesan dengan aku yang tiba tiba sahaja meninggikan suara kepadanya sedangkan aku lebih muda daripadanya.
"Saya dah hidup selama 18 tahun. Dan sampai sekarang saya masih lagi sihat dan mampu melakukan apa sahaja yang saya inginkan. Tapi kenapa doktor..."
"Genetik" Doktor Kim memotong percakapan aku. Dia menundukkan pandangan dan mula termenung.
"Ianya bukan salah awak , Jang Yiseo. Sakit yang awak hadapi sekarang berpunca dari genetik awak sendiri"
"Tapi saya masih sihat dan mampu buat apa sahaja !" aku menjerit marah.
Aku rasa serabut sangat sangat sekarang ni. Fikiran aku rasa bercelaru dan kepala aku rasa berat sangat. Apa yang aku baru sahaja hadapi sekarang buatkan aku tertekan.
Dada aku mula berombak naik dan turun dengan lajunya. Nafas aku mula menjadi tidak teratur tatkala aku mula berang dengan perangai doktor muda di hadapan ini.
YOU ARE READING
𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjk
RomanceBercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau macam mana sekalipun dipujuk , masih tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan gadis itu. Mengapa ? Kerana lelaki juga dikurniakan denga...