twenty two

537 84 74
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jeon Jungkook oppa , awak okay ?" suara lembut Ji Dakyung menyapa perlahan gegendang telinga Jungkook.

Disebabkan terasa terganggu dengan suara sebak dan tangisan kecil gadis itu , kelopak mata lelaki itu mula bergerak gerak perlahan. Dahinya berkerut sebelum perlalahan lahan matanya dibuka.

Wajah Dakyung yang sudah pun lencun dengan air mata menjadi benda pertama yang terlintas di pandangan Jungkook tatkala lelaki itu membuka matanya.

Berkerut dahi lelaki itu menahan rasa sakit di kepalanya. Baru dia sedar , kepalanya yang sudah pun berbalut. Barangkali baru sahaja selesai dirawat oleh doktor di hospital ini.

"Syukur oppa dah sedar hiks" senyuman lebar terukir di wajah gadis itu. Air mata yang melimpah tak henti dikesat perlahan dengan tangannya sendiri.

Perlahan lahan Jungkook cuba untuk bangun daripada posising baringnya dengan sokongan daripada sebelah tangan yang didaratkan di atas katil bagi memudahkannya untuk mengubah posisi.

Melihatkan Jungkook seakan sukar untuk mengubah posisi , pantas Dakyung membantu Jungkook untuk membetulkan posisinya daripada baring kepada duduk di atas katil. Tubuh lelaki itu disandarkan di kepala katil.

Jungkook menoleh sedikit ke tepi dan memandang ke arah Dakyung yang masih setia dengan pandangan risaunya kepada lelaki itu. Masih kelihatan dengan jelas kesan air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

Jungkook mengeluh buat seketika. "Apa yang jadi ?" soalan pertama ditujukan kepada gadis itu.

"Pendarahan berlaku. Nasib baik serpihan kaca tak tercucuk kat kepala oppa. Cuma kepala oppa luka je dan doktor dah jahit" balas Dakyung perlahan sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

Jungkook menundukkan wajahnya dan memandang jari jemarinya yang putih itu. Pandangan kosong diberikan. Teringat lagi tatkala tangan itu yang memegang telefon pintarnya dan menelefon bekas teman wanitanya.

Jungkook mengeluh lagi. Kedua dua belah matanya dipejam rapat. Jujur , dia berasa letih sangat sangat.

"Jungkook oppa , awak perlukan apa apa ke ? Kalau oppa nak , saya boleh tolong" ujar Dakyung tatkala melihat Jungkook yang kelihatan begitu tertekan.

"Boleh... kau tinggalkan aku sendiri ?" balas Jungkook perlahan dengan kedua dua belah matanya yang masih terpejam rapat.

Dakyung tersentak buat seketika.

Namun gadis itu tidak membantah. Perlahan dia mengangguk sebelum dia meminta diri untuk meninggalkan Jungkook seorang diri di dalam bilik sakit itu.

Jungkook juga perlukan masa untuk berehat jadi Dakyung tidak boleh memaksa lelaki itu tentang apa yang baru sahaja menimpa dirinya sehingga perkara malang seperti itu terjadi kepadanya.

Nasib sahaja gadis itu mengunjungi rumah Keluarga Jeon pada malam itu untuk memberikan hadiah daripada keluarganya. Niat pada awalnya untuk mengusha Jungkook di bilik , tidak sangka pulak gadis itu bakal menemui Jungkook dalam keadaan begitu.

Keluar sahaja daripada bilik sakit hospital tersebut , Dakyung terus menyandarkan belakang badannya di dinding. Keluhan berat dilepaskan sambil kedua matanya dipejam rapat.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now