twenty

568 87 69
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"A-aku dah okay" ujar Yiseo perlahan sambil kepalanya tak henti ditundukkan ke bawah.

Terlalu segan ingin mendongakkan wajah dan bertemu mata dengan Jeon Jungkook yang berada di sebelahnya itu. Mendengarkan sahaja kata kata Yiseo , Jungkook ukirkan senyuman nipis.

"Tak payah nak tipu aku. Aku tau kau still tak okay lagi" tangannya menggenggam erat tangan Yiseo.

Sejak dari tadi sehingga sekarang , tidak mahu langsung Jungkook lepaskan tangannya daripada memegang erat tangan milik Yiseo.

Yiseo pula makin tidak selesa dengan tangan besar Jungkook yang memegang erat tangan kecil miliknya seolah olah tidak mahu langsung melepaskannya.

Apa Jungkook fikir dia tu budak kecil ke sehingga nak pegang tangan ke mana sahaja dia ingin pergi ?

"Ju-Jungkook..." panggil Yiseo perlahan membuatkan Jungkook menoleh dan memandang Yiseo yang masih setia menundukkan kepala ke bawah.

"Hurm ? Kenapa ?" kening Jungkook terjungkit ke atas.

"Aku kata aku okay lah. Jadi tak perlu lah kau nak pegang tangan—" Yiseo cuba untuk melepaskan tangannya daripada tangan Jungkook namun lelaki itu tetap berkeras.

Walaupun gadis itu sudah cuba sedaya upaya untuk melepaskan tangannya namun Jungkook tetap tidak mahu melepaskan tangan gadis itu.

"Tak payah nak mengada. Jom ikut aku. Kita pergi tengok wayang" sengihan lebar menghiasa wajah Jungkook.

Yiseo menggulingkan matanya ke atas. Walaupun dia berkeras tidak mahu mengikuti Jungkook , namun lelaki itu tetap berdegil jugak ingin memaksa Yiseo.

Sudah lah Yiseo jadi bertambah malu dengan kejadian yang berlaku di antara dirinya dan Jungkook sebentar tadi. Tak pasal pasal Jungkook dapat lihat dirinya dalam keadaan begitu dan...

memeluk tubuhnya.

Yiseo menggigit bibir bawahnya erat. Teringat semula insiden memalukan yang entah tiba tiba sahaja dia menangis dan Jungkook terpaksa memeluknya untuk menenangkannya.

Memalukan betul !

"Eo ! Yiseo , jom naik lif tu" ujar Jungkook riang.

Belum sempat Yiseo ni pandang Jungkook dan berikan apa apa balasan kepadanya , pantas sahaja lelaki itu menarik tangannya dan berlari masuk ke dalam lif yang terbuka pintunya itu.

Hampir hampir sahaja tubuh kecil Yiseo itu jatuh tergolek golek disebabkan Jungkook yang heret dia dah serupa boneka tak bernyawa dah. Nasib je tak tersadung , kalau tak malu habis !

Masuk sahaja ke dalam lif tersebut , pantas Yiseo merentap tangannya kasar membuatkan tangan Jungkook yang memegang erat tangannya itu terlepas.

"Apa masalah kau ha sebenarnya ?!" mata Yiseo mencerlung tajam ke arah Jungkook.

Jungkook hanya diam. Tidak mampu untuk membalas apa apa tatkala matanya terkunci melihat wajah Yiseo yang cukup bengang dengan apa yang baru sahaja dilakukannya sebentar tadi.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now