twenty four

494 77 35
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Apa yang baru sahaja Jungkook katakan kepada aku tadi di dalam pejabat pengetua buatkan aku sampai sekarang tak boleh lupakan langsung. Kata katanya masih terngiang di dalam kepala aku.

Sekejap sekejap batu batu kecil yang berada di atas tanah itu aku sepak perlahan dengan kasut sekolah yang setia tersarung di kedua dua belah kaki milik aku sendiri.

"Aik , lama termenung ? Fikir apa tu ?" suara garau seseorang membuatkan aku pantas mendongak.

Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.

Dia menguntumkan senyuman manis kepada aku. Namun senyuman lebarnya tidak mampu menenangkan hati aku yang berasa ragu ragu terhadap kata katanya sebentar tadi.

Jujur lah , aku pasti akan fikirkan pelbagai perkara negatif selepas sahaja mendengar apa yang dia luahkan.

Bagaimana pulak aku ingin berlagak tenang seolah tiada apa yang berlaku ?

Senyuman Jungkook perlahan pudar melihatkan aku yang tidak langsung memberikan sebarang respon yang diinginakannya.

Aku terus menundukkan pandangan semula ke bawah dan memerhatikan batu batu kecil yang menjadi mangsa sepakan percuma tak berbayar daripada gadis bernama Jang Yiseo ini.

Jungkook mula menghampiri aku dan dia duduk bercangkung di hadapanku. Lengan aku disentuh lembut. Wajahnya menatap lembut wajah aku yang masih muram itu.

"Kenapa ni , hm ?" soalnya lembut. Namun aku langsung tidak memberikan sebarang respon.

"Hey..." panggilnya lembut membuatkan mata aku dan dia saling bertemu. "Aku bawak kau ke sini bukan untuk tengok kau sedih sedih macam ni tau. Aku bawak kau ke sini nak kau happy happy je" ujarnya.

Aku melepaskan keluhan berat. Entah mimpi apa Jungkook ni tiba tiba sahaja heret aku ke amusement park. Aku pun malas nak membuat sesi soal jawab dengannya , jadi aku ikut sahaja.

"Nah" Jungkook menghulurkan aiskrim kon yang baru sahaja dibelinya tadi.

Aku hanya memandang sahaja hulurannya itu. Tangan aku rasa seperti terlalu berat sangat ingin menerima hulurannya itu. Tengok aiskrim tu pun takde rasa minat langsung.

Entah koyak level apa aku ni sebenarnya aku pun tak tahu.

"Tanak aiskrim ni ke ? Aiskrim coklat ni kan favourite kau ?" pujuk Jungkook lagi namun usahanya sia sia sahaja.

Aku langsung rasa takde minat nak makan aiskrim yang baru sahaja dia beli tadi. Entahlah , selera aku jatuh gaung betul lepas overthinking apa yang dia cakapkan tadi.

Pelbagai fikiran negatif tak henti bermain di dalam kepala aku buatkan aku rasa seperti hendak menangis dan menjerit kuat kerana rasa terlalu tertekan sangat sangat.

"Nak aku suapkan kau ke ?" Jungkook tersengih nakal. Aku menjelingnya halus.

Waktu waktu salah macam ni pulak dah dia nak buat lawak hambar dia tu. Fikir aku akan tergelak lah tu dengan lawak dia ? Eh , tolonglah.

"Apa awak fikir kelakar sangat ke ha ? Dasar kepala mangkuk betul..." aku menjelingnya tajam lalu menggulingkan mata ke atas tanda menyampah.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now