twenty seven

473 82 54
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Kau tau apa perkara yang menyedihkan selepas hadap semua perkara yang membuatkan kau bahagia ?

Ianya , kau kena lepaskan semuanya.

Malam tu jugak.

"N-nae ?" terkebil kebil aku memandang wajah Jungkook.

Dia hanya senyum nipis. "Gunawo sebab sudi luangkan masa dengan aku. Aku seronok sangat hari ni"

Pantas lengan Jungkook aku sentuh perlahan dengan pandangan tidak percaya aku berikan kepadanya. Masih keliru dengan apa yang baru sahaja dia katakan kepada aku sebentar tadi.

"K-kau cakap apa tadi ?"

Riak wajah Jungkook mula berubah.

"K-kau cakap... yang kau tak mahu kita bersama balik ? Ta-tapi kenapa ? A-aku tak faham" aku geleng kepala perlahan.

Baru sahaja sebentar tadi , aku luahkan semuanya kepada dia. Aku cakap yang aku nak kami berdua kembali kepada hubungan kami yang lama.

Walaupun Jeon Jungkook tersenyum bahagia bersama dengan aku harini , walaupun Jeon Jungkook seronok bersama aku harini tapi Jeon Jungkook tetap...

Menolak perasaan aku.

"Maafkan aku , Jang Yiseo. Kita berdua , tak ditakdirkan untuk bersama diakhirnya"

"Ma-macam mana kau boleh senang senang je cakap macam tu ? K-kau tak cuba apa apa lagi dan kau terus cakap macam tu ?"

Shit. Mata aku dah mula berair.

"Jang Yiseo , dengar sini , aku—" baru sahaja dia cuba untuk menyentuh bahu aku , pantas aku tepis.

"Jeon Jungkook , jujur dengan aku. Kau betul betul dah takde perasaan dekat aku ke , hm ?"

Jungkook terdiam.

Walaupun soalan itu tampak senang dan hanya perlu dijawab dengan ya ataupun tidak sahaja , namun Jeon Jungkook langsung tidak mampu membuka mulut untuk berikan jawapannya.

Baginya , jawapan yang dia bakal berikan kepada aku , akan memberikan satu impak yang begitu besar sekali kepada hati dan perasaan aku sendiri.

Aku dongakkan wajah dan tatap ke dalam anak matanya lembut. Pandangan penuh berharap aku berikan kepada lelaki itu walaupun dia cuba sedaya upaya untuk melarikan pandangannya.

"Kau... dah tak sayangkan aku lagi ke , Jeon Jungkook ?"

Jungkook ketap bibir rapat.

"Se-selepas banyak memori yang kita dah bina bersama , selepas banyak perasaan cinta yang kita luahkan kepada masing masing... kau tak rindukan semua tu ke , Jeon Jungkook ?" suara aku mula bergetar.

Entah kenapa , hidung aku terasa pedih sangat dan mula memerah. Air mata yang mengaburi mata aku sendiri membuatkan pandangan mata aku menjadi kabur.

Namun begitu , aku tetap menatap wajahnya tanpa langsung berfikir ingin melarikan pandangan seperti apa yang Jeon Jungkook sedih lakukan kepada aku ketika ini.

"Jeon Jungkook... do you miss me like I miss you ?"

Perlahan Jungkook membalas pandangan aku. "Perlu ke aku jawab soalan tu ?"

"Sudah semestinya perlu , Jeon Jungkook !"

"Yiseo-ah , aku dah jadi tunang orang. Dan tak lama lagi lepas sahaja graduate , aku akan berkahwin terus dengan dia. Dan kau... akan aku lupakan juga walaupun sukar"

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now