fourteen

582 97 22
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Jungkook's

Sebaik sahaja kereta aku berhenti betul betul di tepi pantai itu , aku terus keluar dari perut kereta lalu menutup pintu kereta aku semula. Mata aku meliar ke sekeliling.

Jimin ada call aku tadi lepas sahaja talian aku dan Yiseo terputus. Dia bagitahu aku lokasi Yiseo dan suruh aku hantar Yiseo ke rumah. Entah kenapa Jimin tidak hantar Yiseo pulang ke rumah sendiri.

Sebaik sahaja aku tiba di tepi pantai tersebut , aku mula memusingkan kepala ke kanan dan kiri berulang kali dan cuba mencari di mana Yiseo berada.

Disebabkan tempat ni agak gelap tanpa sebarang cahaya , aku jadi kurang nampak dengan jelas keadaan di sekeliling. Sukar buat aku untuk mencari Yiseo.

"Mana kau , Jang Yiseo..." aku gigit bibir bawah.

Berkerut kerut dahi aku tatkala mencari Yiseo. Langkah aku dipercepatkan dan aku mencari Yiseo di serata tepi pantai ini macam orang kurang waras.

Macam mana kalau dia dah masuk dalam air tu dan lemaskan diri sendiri ?

Aku gelengkan kepala laju. Cuba sedaya upaya untuk buang segala fikiran negatif yang melekat dalam minda aku sekarang. Kata kata tu satu doa. Jadi , kau jangan nak melebih pulak , Jungkook.

Langkah aku terhenti tatkala aku terlihat sesusuk tubuh yang terbaring lemah di atas pasir pantai tersebut. Mata aku membulat tatkala menyedari gadis itu merupakan Yiseo.

Pantas sahaja aku berlari ke arah Yiseo dan terus mendapatkannya yang sudah pun tertidur di atas pasir tersebut. Kepalanya aku angkat perlahan dan daratkan di atas peha aku.

"Hey Yiseo , wake up" aku tampar perlahan pipinya.

Perlahan lahan kelopak matanya terbuka dan dia mula menatap wajah aku. Aku menghela nafas lega tatkala dia sudah menyedarkan dirinya.

Punya lah aku fikir dia dah mati atau apa tadi.

"Yiseo kau--" kata kata aku terhenti tatkala Yiseo tiba tiba sahaja bangun dan terus memeluk tubuh aku erat.

Aku tergamam.

"Saya rindukan awak , Jungkook..." dia bersuara lemah.

Terkebil kebil aku tatkala dia tiba tiba sahaja memeluk tubuh aku erat. Aku langsung tak dapat nak buat apa apa kerana terlalu terkejut.

Aku melepaskan keluhan berat tatkala menyedari 5 botol soju berwarna hijau yang sudah pun kosong berselerekkan di atas pasir pantai yang berada berdekatan itu.

Tahulah aku yang Yiseo ni sebenarnya dah mabuk.

"Yiseo , jom aku bawak kau balik"

Aku terus meleraikan pelukan dan memegang kedua dua belah bahunya erat. Wajahnya aku tatap. Jelas kelihatan kedua dua belah pipinya yang sudah berona merah dek kerana kesan mabuk.

"Kook , Yiseo nak piggyback" rengek Yiseo manja seperti budak budak.

Dia mengerutkan dahinya memandang aku sambil kedua dua belah pipinya dikembungkan tak ubah macam budak kecil. Aku geleng kepala perlahan seraya tersenyum.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now