fifteen

592 94 37
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Omma , nampak phone Seo tak ?" soal aku sebaik sahaja turun ke tingkat bawah.

Tubuh aku sudah pun lengkap dengan pakaian uniform sekolah. Sudah bersiap sedia untuk ke sekolah memandangkan doktor pun dah approved aku boleh ke sekolah seperti biasa.

Cuma dia pesan untuk aku jaga diri aku ni memandangkan keadaan aku sebenarnya tidak lah begitu baik. Di luar sahaja nampak seperti baik baik sahaja.

Tapi aku sedang menghadapi penyakit yang tiada penawarnya.

"Mana lah omma tahu. Telefon kamu bukan telefon omma" balas omma selamba yang sedang khyusuk menonton televisyen di ruang tamu.

Aku melepaskan keluhan berat.

Entah kenapa apa yang terjadi malam semalam aku langsung tak boleh nak ingat. Aku just ingat , habis sahaja perjumpaan aku dengan Doktor Kim , aku minum dengan Jimin.

Dan mungkin aku mabuk kot dan Jimin bawak aku pulang ke rumah semula ?

"Nampaknya aku kena tanya Jimin pasal telefon aku. Mesti dia tahu kat mana" ujarku perlahan.

Tidak mengambil masa yang lama , selepas sahaja aku menjamah sarapan pagi , aku terus keluar dari rumah untuk menuju ke sekolah seperti biasa.

Walaupun kaki aku yang bengkak ni dah okay , tapi aku tak boleh nak berlari dengan berjalan laju sangat sebab masih lagi terasa rasa sakitnya itu di kaki ini.

Seperti biasa , aku akan menaiki bas untuk ke sekolah. Lagipun omma sendiri tidak mahu menghantar aku ke sekolah dengan keretanya. Katanya malas.

Pagi pagi macam ni kalau dia off day , dia lebih gemar menghabiskan masanya dengan menonton drama dan juga tidur sampai petang. Dah macam orang muda pulak.

Omma memang tidak mahir dalam memasak , jadi bangun pagi je aku kena siapkan breakfast untuk omma dan diri aku sendiri. Begitu juga dengan dinner. Aku yang kena masak sendiri.

Senyuman aku melebar tatkala tiba sahaja di pondok perhentian bas. Rasa teruja sungguh tatkala mata aku menangkap kelibat Jimin yang berada di pondok perhentian bas tersebut.

Lelaki itu sedang duduk sambil membaca buku. Entah buku apa aku sendiri tak tahu. Tapi aku dapat lihat dengan jelas dia sumbatkan earphone ke dalam kedua dua belah telinganya.

"Mungkin dia tengah baca novel cinta ? Budak ketot tu memang suka layan benda benda jiwang" aku ketawa kecil.

Terus aku mengorak langkah menuju ke arah Jimin yang kelihatan begitu khusyuk sekali dengan novel jiwangnya itu. Dengan senyuman lebar aku menghampirinya.

Tanpa langsung meminta kebenarannya , aku terus mengambil tempat di sebelahnya. Pantas sahaja sebelah earphonenya aku tarik dan aku sumbatkan ke dalam telinga aku.

In my dreams , you're with me. We'll be everything I want us to be. And from there , who knows. Maybe this will be night that we kiss. For the first time , or is that just me and my imagination.

"Eo ? Imagination Shawn Mendes ?"

Jimin yang terkejut dengan tindakan aku kepadanya secara tiba tiba itu terus menoleh dan memandang aku dengan pandangan terkejut. Membuntang matanya.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now