thirteen

560 93 71
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Tak sangka kacak betul ya anak awak ni" ujar Puan Ji lalu ketawa kecil.

Mendengarkan sahaja pujian dari wanita 40-an itu , Jungkook terus mengangkat wajahnya dan memandang ke arah wanita itu. Senyuman manis terpaksa diberikan.

Kalau tidak menunjukkan akhlak yang baik , memang Jungkook bakal dimaki hamun oleh kedua orang tuanya nanti tatkala pulang sahaja ke rumah.

Puan Jeon dan Tuan Jeon hanya ketawa kecil tatkala mendengar pujian melambung yang diberikan Puan Ji tersebut.

Agak pelik jugak sebenarnya. Sepatutnya anak perempuannya yang memuji Jungkook kerana gadis itu bakal ditunangkan bersama dengannya namun kini ommanya pula yang melebih.

"Jadi , bila agaknya mereka akan disatukan ? Dakyung dah tak sabar dah ni" usik Puan Ji kepada anak perempuannya.

"Ish omma , mana ada" bahu Puan Ji ditampar lembut oleh anak perempuannya perlahan.

Jungkook hanya memberikan pandangan kosong sahaja kepada keluarga pelik di hadapannya itu. Langsung tak berminat ingin ambil tahu tentang mereka.

"Rasanya bila anak kita berdua akan dikahwinkan ya ?" soal Tuan Ji tidak sabar.

"Haha kalau yang pasal tu , saya rasa kita boleh tetapkan tarikh selepas Jungkook dan Dakyung sudah pun graduate dari sekolah masing masing. Rasanya lebih baik kalau macam tu" ujar Tuan Jeon sopan.

Puan Jeon di sebelah hanya mengangguk seraya tersenyum sahaja kepada keluarga Ji di hadapan mereka. Mereka juga hanya membalas senyuman mereka sopan.

Siapa sahaja yang tidak mengenali keluarga Ji yang cukup kaya dengan perniagaan mereka di serata dunia itu. Nak dijadikan cerita Tuan Ji berkawan rapat dengan Tuan Jeon.

Persahabatan mereka bermula tatkala Tuan Ji meminta bantuan Tuan Jeon untuk membantunya dalam menyelesaikan kes yang berlaku di dalam keluarganya.

Memandangkan Tuan Jeon merupakan seorang peguam yang handal dan sentiasa menang dalam perbicaraan makhamah , sejak itulah dua keluarga ini mula berkawan.

Bagaikan konsep 'win-win situation'. Selepas sahaja Tuan Jeon membantu Tuan Ji , Tuan Ji juga membantu Tuan Jeon jika keluarga Jeon mempunyai masalah kewangan.

Dan kini , kedua dua orang tua Jungkook bercadang untuk mengahwinkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan tunggal milik keluarga Ji.

Disebabkan Ji Dakyung , anak perempuan tunggal keluarga Ji memang sudah memendam perasaan cinta lama kepada lelaki kacak itu , terpaksa juga lah mereka dikahwinkan atas permintaan gadis itu.

Cliche ? Tapi tulah kehidupan.

"Jungkook..." Puan Jeon memanggil Jungkook lembut membuatkan lelaki itu menolehkan kepalanya.

Sebelah keningnya terangkat tatkala dia memandang ke arah Puan Jeon. Pandangan 'apa' diberikan. Puan Jeon hanya mengukirkan senyuman manis.

"Jungkook kata... nak bawak Dakyung jalan jalan dekat luar sekejap kan ?"

"Nae ?" Jungkook mengerutkan dahinya.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now