KHMA 1

11.7K 385 6
                                    

Kaki melangkah menuju ke sekolah. Tali beg sekolah ku genggam erat. Senyuman terukir dibibir. Perasaan teruja berpindah di sekolah baru menjadikan aku seperti hidup di dunia baru.

Hye! Nama aku Lydia Farhana Aku berumur 16 tahun. Aku adalah seorang anak yatim piatu sejak berumur 12 tahun. Macam mana aku boleh jadi yatim piatu? Nanti korang akan tahu. Sekarang, aku tinggal dengan atuk. Tapi disebabkan aku ada masalah yang sangat besar, atuk menyuruh aku untuk tinggal dengan paklong di bandar.

Aku ada seorang abang yang tua setahun dari aku. Dia ni kalau korang tengok dia memang handsome tapi... Annoying sangat. Dia tinggal dengan pak long aku dah lama sejak umur dia 14 tahun. Pak long pernah lah ajak aku tinggal dengan dia, tapi aku je berkeras tak nak ikut. Abang aku ni setiap kali dia balik kampung, mesti ada saja benda nak sakitkan hati aku.

Aku juga ada seorang sepupu yang paling rapat dengan aku. Anak pak long. Dia ni cantik tau. Tapi.. semua lelaki dia reject. Katanya lelaki semua menyakitkan hati. Memang pun. Contoh terdekat abang aku.

Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam pagar sekolah. Haih.. bermulalah kehidupan aku yang baru di sekolah baru.

Aku berjalan dengan mata melilau mencari pejabat sekolah. Tiba-tiba, aku terlanggar seorang gadis berbaju kuning. Berterabur buku di atas lantai. Aku pun tolonglah takkan nak tengok je kan.

"Sorry, sorry saya tak sengaja"kata ku. Aku masih lagi tak nampak wajah gadis tu sebab dia tunduk mengutip buku.

"Eh! Tak apa, salah saya sebab nak cepat"gadis itu berdiri selepas mengutip buku. Aku menghulurkan buku kepada gadis itu.

"Terima ka..."kata-kata gadis itu terhenti apabila dia memandang aku. Membulat biji mata dia tengok aku. Aku pun terkejutlah samakan.

"Argh!!!! Lydia!! Lamanya tak jumpa kau!!"kata Gadis itu melompat keriangan dengan jeritan nyaring dia tu lalu memeluk aku.

Aku turut menjerit. Ye lah, lama tak jumpa dan biasa lah perempuan kalau berjumpa memang akan menjerit.

"Aku rindu dekat kau Aisyah!!"kata ku.

"Habis tu kalau rindu asal kau tak ikut abang kau duduk dengan aku? Kau sekolah sini tak cakap pun kan? Bila kau sampai?"bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aisyah.

"Woah! Woah! Sabar.. satu-satu lah tanya. Aku bukan apa.. kau kan tahu sebab apa aku tak nak ikut abang aku masa tu. Kedua, aku saja nak suprise kau yang aku sekolah sini. Ketiga, aku sampai semalam, mak Su ambik aku. Semalam aku tinggal dengan mak su. Nanti balik sekolah mak su hantar aku pergi rumah kau"terang aku panjang lebar.

"Ni kau dah pergi pejabat belum ni?".

"Belum. Aku tengah cari pejabatlah ni. Tiba-tiba terlanggar awek cun"sakat aku dengan tawa.

"Awek cun pebendanya, kau lagi cantik tau dari aku. Dah jom aku tunjuk kau pejabat sekolah"lantas Aisyah menarik tangan aku mengikutnya ke pejabat.

Ha.. itu lah sepupu aku, Aisyah nama dia. Ayukan nama dia, tapi perangai dia tak seayu nama. Tengok tadi pun dah tahu. Perangai Aisyah ni kalau dengan aku memang tak semenggah. Tapi, dia ni tegas orangnya. Jangan main-main dengan Aisyah karang tak pasal-pasal kena maki free.

Setibanya di pejabat, aku di kehendaki berjumpa dengan PKHem. Aisyah pulak, lepas dah hantar aku ke pejabat terus blah. Dah lambat katanya. Aku pun settlelah apa yang patut. Lepas dah settle, aku kena tunggu cikgu kelas aku sampai. Naik kematu jugaklah punggung aku menunggu.

"Erm.. Lydia Farhana kan? Kelas 4 Anggun"tegur seseorang. Aku yang menunduk melihat gerangan yang menegur aku.

"Ha'a saya"jawab ku.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now