Aku memisatkan mata ku. Jam di dinding cuba ku fokuskan. Dah pukul 6 petang. Lama jugak aku tidur. Aku bangun dari pembaringan. Langkah ku atur ke bilik mandi. Aku merenung dalam cermin melihat bayangan aku sendiri. Rambut aku yang hitam ke ungguan ku sentuh. Nampaknya warna unggu ni susah betul nak luntur.
Aku mencuci muka dan membersihkan diri. Solat? Aku jarang sangat solat lepas mak dengan ayah aku meninggal. Atuk banyak lah bagi ceramah dekat aku. Tapi aku buat tak tahu je. Atuk memang orang yang penyayang. Dia tak pernah pukul aku. Tegur pun sekadar nasihat.
Aku keluar dari bilik mandi dengan siap berbaju tshirt tanpa lengan dan berseluar track. Rambut aku di bunkan. Aku keluar dari bilik menuju ke bawah. Perut ni dah lama berkonsert.
"Lyd, jom ikut aku pergi supermarket. Ummi aku mintak tolong aku beli barang jom teman aku"ujar Aisyah.
"Haih... Ye lah.. kejap aku nak ambil jaket aku"aku mengeluh. Nak tolak tak boleh sebab aku menumpang. Aku kembali ke bilik untuk mengambil jaket aku.
--------
Aku menolak troli berisi barang yang mahu di beli. Bapak banyak gila barang. Aku hanya memerhati Aisyah yang tertunduk-tunduk memerhati barang di rak.
"Syah, banyak lagi ke barang nak beli?"tanya ku.
"Jap eah"kata Aisyah tangannya mencapai sebungkus maggi lalu di letakkan ke dalam troli.
"Maggi? Kau tahu tak makan maggi ni tak menyihatkan".
"Eleh, nanti kau jugak yang akan makan kan tengah-tengah malam" aku tersengeh. Memang tengah-tengah malam aku akan sentiasa lapar. Aku tak tahulah apa yang tak kena dengan aku. Bela saka kut.
Selesai membayar, kami pulang menaiki grab. Ya lah.. baru 16 tahun mana reti lagi bawak kereta. Tapi bukan aku lah. Aku dah pndai bawak kereta.
Sesampainya di rumah, aku dan Aisyah menjinjit beg plastik yang penuh dengan barang. Plastik aku letakkan di dapur.
"Lydia pergilah makan, makanan maklong dah letak atas meja. Terima kasih tolong mak long".
"No hal lah mak long. Beli barang je"aku menghayun kaki ke meja makan. Tudung saji ku buka. Pantas tangan aku menceduk nasi dah lauk.
Sedang aku sedap menyantap makanan, seekor tenuk datang duduk di hadapan aku.
"Aku ingat kau dah kenyang tadi. Tu yang tidur macam orang mati"sindir tenuk di hadapan aku. Siapa lagi kalau bukan Adam.
"Kau kalau tak sakitkan hati aku sehari memang tak boleh kan. Ke kau dah tak lama?"perli ku pedas.
"Eh! Kau ada perasaan ke? Aku ingat kau masuk geng Mafia dulu kau dah tak de perasaan?"kata Adam.
Aku memandang Adam tajam. Tangan ku ketuk di pinggan terus aku berdiri.
"Kau nasib baik tau aku tak bunuh kau hidup-hidup. Untuk pengetahuan kau, aku masuk Mafia sebab Mak dan Ayah. FAHAM!!"tengking ku. Kerusi ku tendang.
Aku berlalu ke dapur untuk membasuh tangan dan terus naik ke bilik. Pintu ku hempas kuat.
"Apa yang bising-bising ni? Adam?"tanya Mak long lembut.
Adam hanya diam. Dia merasakan bahawa kata-katanya tadi memang melampaui batas.
"Adam, Mak long dah pesan kan. Jangan sebut pasal memori hitam Lydia. Kita nak ubah dia. Bukan nak biar dia jadi macam tu."kata Mak long masih berlembut.
Maklong, seorang cikgu sekolah rendah. Seorang yang lembut ketika bercakap. Memang susah sangat dia nak marah. Sebab tu aku sayang dekat Mak long. Dia dah macam ibu kedua aku.
YOU ARE READING
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Action{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...