KHMA 45

2.9K 214 9
                                    

Tiba di tapak rock climbing, masing-masing sudah diberikan helmet. Tapi ada juga yang tak pakai sebab tak cukup equipment terpaksalah bergilir dengan pelajar lain yang sudah selesai.

Para pelajar berkumpul mengikut kumpulan bagi mendengar penerangan tentang cara pemakaian sit harness, pemasangan quick drawer dan carabiners. Di dinding rock climbing sudah tersedia lima tali bagi setiap kumpulan.

"Okay semua dah faham! Kita mulakan dengan ketua kumpulan terlebih dahulu"tutur Syed.

Aliff yang duduk di sebelah aku mendekati aku lalu berbisik.

"Watch me baby girl"Aliff memakai sarung tangan fingerlessnya supaya tangan tidak melecet bila turun nanti.

Aku hanya menggulingkan mata. Tapi, bila dia pakai bandana macam tu nampak handsome lah pulak. Hayuu!! Sabar wahai hati. Belum masa lagi untuk kau menyerah.

Di hadapan berdiri lima orang jejaka yang sedang memakai sit harness. Tidak lupa juga Adam dan Aakiff sebagai ketua kumpulan 5 dan 4. Cangkuk carabiners di pasang dengan sempurna. Cekap betul diorang ni. Ketua kumpulan 3 je yang masih terkebil-kebih. Nasib baik di bantu oleh para fasi.

"Baiklah, kumpulan yang sampai di puncak dahulu dan membunyikan loceng dapat 5 point. Semua dah sedia?"tanya Zarif.

"Sedia!"jawab kelima-lima jejaka itu.

"Mula!".

Mereka mula memanjat batu di dinding satu persatu. Yang lain mula bersorak antara satu sama lain. Aku hanya memerhati langkah Aliff memanjat. Boleh lah aku praktik nanti. Sebab aku pun dah lama tak main benda tu.

Aku berpaling ke sebelah kiri di mana kumpulan 1 berada. Di situ juga adanya Qistina dan Eliana. Aku memerhati bibirnya yang bergerak seperti mengatakan sesuatu.

'You watch out'

Aku menggulingkan mata. Malas aku nak layan dia. Tak serik-serik kena denda cuci periuk.

Ting! Ting! Ting!

Dentingan loceng bergema. Aku mendongak. Aliff sudah sampai ke puncak terlebih dahulu. Nampaknya kumpulan aku dah dapat point. Aliff melunsur turun. Aliff selamat mendarat begitu juga dengan yang lain. Giliran pula berganti. Para pelajar mula tidak sabar menunggu giliran mereka.

---------

Kini tiba giliran aku untuk mendaki. Aku berdiri sambil memakai sarung tangan. Aku memakai sit harness dengan di bantu oleh Syed a.k.a Bun. Manakala Aisyah di bantu oleh Zarif dan Alia di bantun oleh Lutfi. Mr.A apa lagi, tajam je mata diorang memandang.

Aku memandang dikiri aku dimana Qistina sudah bersedia. Dengan talinya. Di kanan aku pula ada Umi dan di ikuti oleh Aisyah dan Alia. Wisel di bunyikan. Aku pantas memanjat batu-batu. Wajah aku berkerut memanjat menampung badan aku yang sudah makin memberat. Mana taknya, duduk rumah mak long asyik makan... je.

Di pertengahan jalan, aku berhenti seketika mengambil nafas. Aku menguatkan diri lalu kaki aku di angkat memijak batu. Baru aku ingin menggapai batu diatas, kaki aku tergelincir. Terjerit aku. Nasib baik tangan aku lagi sebelah masih mengcengkam batu. Pelajar yang ada di bawah sudah terjerit kecil apabila aku tergelincir.

Aku bernafas laju longgar jantung aku. Aku ingat aku dah jatuh bawah dah tadi. Kaki aku memijak batu terus aku menyambung kembali memanjat. Kali ini kelajuan aku makin bertambah.

Ting!ting!ting!

Aku membunyikan loceng sebaik saja sampai di puncak. Yes! Aku yang pertama. Tidak lama selepas itu Qistina dan Umi tiba di puncak. Aku memerhati tingkah Umi yang agak pelik. Beberapa saat kemudian, Aisyah dan Alia tiba di puncak.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now