KHMA 35

3.7K 231 9
                                    

Aku duduk bermain jari di ruang tamu rumah agam milik keluarga inspektor Harun sementara menunggu Ibu Aliff membancuh air. Awalnya tadi aku cakap tak payah susah-susah buatkan air, tapi Ibu Aliff ni berkeras nak buat jugak. Dia layan aku macam aku ni menantu dia.

"Lydia, aku naik mandi kejap. Nanti aku turun kita pergi hospital terus"kata Aliff menyapa aku.

Aku berpaling lalu mengangguk. Baru aku mahu membuka mulut untuk bertanya, dia dah lari naik bilik. Siapa yang sakit? Kenapa nak pergi hospital?

"Jemput minum Hana"pelawa Ibu Aliff.

Aku tersedar dari lamunan singkat. Aku menghadiahkan Ibu Aliff senyuman tipis lalu tangan aku mengcaai gelas yang berisi air oren. Air ku teguk sehingga habis. Dahaga kau..

"Hana, boleh ibu tanya?"aku mengangkat wajah memandang ibu Aliff.

"Ada apa Aunty?".

"Haish.. jangan panggil Aunty, panggil ibu je"kata Ibu Aliff.

Aku tersenyum janggal.
"Hehehe.. okay, i..ibu".

"Ibu nak tanya, Hana pergi mana sepanjang Hana menghilang? Walaupun ibu tak kenal siapa Hana waktu tu.. tapi, firasat ibu kuat yang Hana adalah orang yang sesuai untuk Aliff".

"Erm.. i..ibu tahukan sebelum ni Hana kerja apa?"tanya ku. Ibu mengangguk tanda tahu.

"Waktu tu, Hana menghilang sebab ada orang nak bunuh Hana. Hana dah cuci tangan. Hana dah tak nak terlibat dengan kerja tu. Tapi, bila Hana dapat tahu Mafia yang cari Hana tu nakkan Hana, orang sekeliling Hana akan ada dalam bahaya. Hana tak nak bahayakan nyawa orang yang rapat dengan Hana"wajah aku mula kendur.

"Hana, selagi Allah ada, Allah akan tetap lindungi hambanya. Tambahan lagi orang yang dah berubah macam Hana. Jodoh,ajal dan maut semua di tangan tuhan. Kalau di takdirkan orang sekililing Hana akan pergi dulu, itu sudah ketentuan tuhan. Hana cuma perlu lalukan apa yang termampu ya"kata Ibu memberi aku semangat lalu meraih badan aku dan di bawa ke dalam pelukannya.

Tenang rasanya bila berada di dalam pelukan ibu. Dah lama aku tidak merasa kasih seorang ibu. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dalam hidup aku.

"Amboi!! Berjejak kasih pulak ibu ni... ibu, lapar lah.. ibu masak tak?"tegur Aakiff yang sudah siap memakai baju kemeja biru laut dengan lengan di sentengkan ke siku.

"Ada.. ibu masak.. kejap ibu hidang. Hana makan sekali ya?"kata Ibu.

"Eh tak apa lah.."

"No,no, Hana kena makan dekat sini".

Aku mengeluh sedikit. Aakiff yang berada di situ aku pandang. Ni.. kalau Aisyah tengok confirm jatuh hati.

"Kiff, abang kau mana? Dia mandi ke berendam?"tanya aku.

"Apa Kiff, Kiff. Aku aliff lah"kata Aakiff.

Dahi aku berkerut. Dia ni nak kenakan aku ke apa. Aku rasa Aakiff ni saja nak buat aku keliru antara dia dan Aliff. Dekat sekolah ada name tag jadi senang nak cam. Tapi, aku kenal Aliff macam mana.

"Oh! Ya ke kau Aliff, kalau macam tu..."aku menjungkitkan kening aku sebelah. Tangannya aku raih lalu ku genggam. Mukanya kelihatan berkerut dan janggal.

Aku tenung matanya dalam. Terpancar raut kegelian di wajah Aakiff.

"Gotcha! Kau bukan Aliff. Aku tahu Aliff ada kesan parut dekat kening. Mata kau dengan Aliff pun lain"kata ku lalu melepaskan genggaman tangannya.

"Ish! Baru nak kenakan kau"Aakiff berdecit.

"Kau nak kenakan siapa?"sahut satu suara dari arah tangga. Aliff turun dengan segak memakai tshirt putih dan jaket hitam beserta seluar hitam.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now