Adam menuruni tangga yang segak beruniform lengkap anggota polis. Hawa yang sedang menghidang sarapan pagi terpana seketika melihat Adam yang sedang mengemaskan dirinya di hadapan cermin ruang tamu. Adam terperasan akan itu terus menapak ke meja makan.
"Ehem! Aku tahulah aku handsome. Tak payahlah tenung aku macam tu"tegur Adam sambil tangannya di masukkan ke dalam poket seluar memandang Hawa yanb tak berapa tinggi itu.
Pantas Hawa memandang ke arah lain. Termalu sendiri pula tenung anak teruna orang.
"Mma.. mana ad Hawa tenung Abang Adam"nafi Hawa.
Adam menghampiri Hawa. Tangannya dilekap pada meja betul-betul di sebelah Hawa. Sebelah lagi di dalam poket.
"Ke.. kau cair tengok aku pakai uniform"kata Adam mengusik Hawa. Muka Hawa mula memerah.
"Ehem,ehem, eheeeemmmm"Aakiff yang entah datang dari mana berdehem. Sengaja dehemannya yang terakhir di tekankan.
"Kalau nak bersweet pun.. kahwin dulu lah Dam ye. Hawa, jangan di layan sangat buaya ni.. dah pergi panggil Lydia."celah Aakiff melabuhkan duduk di salah sebuah kerusi. Hawa mengangguk segera dia berlalu memanggil aku di dalam bilik.
Adam mengetap bibirnya geram dengan Aakiff yang mengacaunya. Baru nak usik sikit ada je lah langau yang mengacau.
"Kau kalau tak kacau aku sekali memang tak boleh ea?"jari di tunding pada Aakiff.
"Tak. Hidup aku tak lengkap kalau tak kacau kau. Hahahaha..Dah lah Dam, kalau dah suka tu pinang je lah cepat. Jangan duk peram lama-lama. Umur kau bukan makin muda, makin tua".
"Tak ada maknanya. Aku masih muda lagi. Bagilah aku enjoy dulu. Aku tak macam kau. Gatal nak berbini".
"Eh!...At least aku dah bunuh beberapa ekor syaitan tau. Kau apa tahu"balas Aakiff dengan penuh lagak.
-----
Usai sarapan, kaum lelaki akan bertolak ke tempat kerja. Adam ke balai sebagai anggota polis, Aakiff bekerja sebagai engineering, manakala Aliff mengusaha di syarikat pak lang. Aku duduk di bangku tepi kolam, hanya memerhati Hawa yang sedang mengajar anak mak su mengaji. Tambah pula sekarang tengah cuti sekolah, memang selalulah mereka ada di sini untuk mengaji dengan Hawa.
"Lydia, maksu tengok Lydia ni asyik termenung je. Fikirkan apa?"sapa mak su melabuhkan duduk di sebelah aku.
"Fikirkan pasal hidup, mak su.. hidup Lydia penuh dengan huru-hara, kedukaan dan keperitan. Kadangkan, Lydia jadi penat dengan hidup Lydia sendiri. Lepas satu, satu benda yang jadi"ujar ku cuba menahan air mata dari mengalir.
"Lydia, dengar sini. Lydialah orang yang paling kuat sekali yang mak su pernah jumpa. Lydia tabah dengan kelihangan mak dengan ayah Lydia. Lydia kuat hadapi dugaan hidup Lydia walaupun terpaksa menjadi mafia. Lydia boleh lalui hidup yang penuh liku ni, walaupun Lydia kehilangan orang yang Lydia sayang. Mak su bangga dengan Lydia"mak su memeluk aku. Aku hanya membiarkan saja.
Aku merenung kembali kata-kata mak su. Ada betulnya juga di situ. Kalau aku tak kuat, dah lama aku mati di tangan Tiger. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Aku bangun dari duduk ku menuju ke bilik. Telefon aku capai terus aku mendail nombor seseorang.
"Hello, aku nak kau access cctv rumah atok aku kejap. Nanti clip video tu kau bagi dekat aku"ujar ku. Telefon aku matikan.
Aku teringat akan penyebab atok terlantar di hospital. Mustahil atok boleh jatuh dengan sendiri. Pasti ada benda yang tak kena ni. Tidak lama kemudian, email masuk. Email itu aku buka yang mengandungi clip cctv di rumah atok. Clip itu aku perhati dengan penuh terperinci. Aku dapat menangkap kehadiran Suraya di situ. Mereka sedang berborak dan tiba-tiba saja clip itu terhenti di situ.
ANDA SEDANG MEMBACA
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Aksiyon{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...
![Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]](https://img.wattpad.com/cover/229075765-64-k450782.jpg)