KHMA 43

2.9K 214 15
                                    

Gitar akustik yang diletakkan di bahagian atas tempat duduk di capai. Aliff duduk di pinggir kerusi. Posisi di betulkan agar kelihatan selesa. Jari-jari Aliff memetik tali gitar.

Apa kabar Dinda? Mata Aliff menghala ke arah aku. Aku sikit pun tak pandang dia.
Lama tak jumpa
Rasanya hampir dua purnama
Rindu di dada tak siapa yang tahu
Dinda jauh di sana, jauh di mata
Namun di hati sentiasa ada
Menemani dikala gundah gulana pelajar yang lain mula bertepuk tangan. Ada juga yang merakam video.
Dinda kanda pergi hanya seketika cuma
Inikan semua demi masa depan kita

Sampai saja di korus, semua pelajar lelaki mula menyanyi beramai-ramai sambil bertepuk tangan.
Dinda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua

Aku, Aisyah dan Alia mula tersenyum. Tanpa sedar, kami turun menepuk tangan mengikut rentak.
Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan

Aliff memetik gitar tanpa menyanyi.

"Dik, sambung ar"ujar Adam.

"Tak nak lah"kata ku.

"Alaa..Lydia, tak Fun lah cam ni"sahut salah seorang pelajar lelaki. Dan mulalah tambahan dari pelajar lelaki yang lain menyuruh aku menyambung nyanyian tu.

"Okay. Sekali je"terus budak-budak lelaki bersorak. Aku menunggu key yang betul, terus aku masuk menyanyi.

Kanda dinda pergi hanya seketika cuma
Inikan semua demi masa depan kita
Kanda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua
Dinda setia orangnya
Takkan pernah mendua
Dari jutaan bintang
Kanda paling gemerlapan
Dari segenap jejaka
Kandalah yang paling menawan

Semua pelajar turut menyanyi memeriahkan suasana.

Dinda jangan marah
Takut nanti lekas tua
Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan...

----------

Aku terjaga dari tidur yang boleh tahan agak lama. Nasib baik abang aku ada dekat sebelah bolehlah jadi bantal aku. Aku menenyeh mata lalu meregangkan badan aku yang sudah kebas kerana lama sangat duduk dalam bas. Cikgu pun satu. Carilah tempat kem dekat sikit. Tak adalah duduk lama sangat dalam bas ni.

Aku berpaling ke sebelah kanan di mana tempat duduk Adam. Terbuntang mata aku melihat orang di sebelah aku bukan Adam drastik aku berdiri dari tempat duduk.

Aku menepuk bahu Adam yang duduk di tempat duduk belakang aku sekuat hati.

"Aduh.. kau kenapa dik? Tiba-tiba pukul aku. Sakit tahu tak"aduh Adam. Tangannya menggosok bahu.

"Kau boleh tanya aku kenapa? Ni? Kenapa mamat hangit ni boleh duduk sebelah aku!"marah ku.

"Oh.. pasal tu je. Relax ar dik. Aku tak selesa duduk situ. Aku minta tukar dengan Aliff."jawab Adam selamba dengan senyuman tipis.

"Kau! Suruh aku relax! Eee!!!!"aku memukul Adam berkali-kali. Ala.. tak kuat pun. Pukul-pukul manje gitew.

Adam dan Aakiff hanya ketawa. Aku dah berasap dekat sini diorang boleh ketawa. Geramnya aku!!!

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now