Kedengaran pasukan perempuan bersorak menandakan mereka sudah menang dalam permainan. Budak-budak lelaki sudah kecewa dan mula salahkan Aakiff sebab Aakiff adalah orang terakhir dan beza markah mereka tidak jauh beza. Cuma satu mata sahaja.
"Kau ar ni Kiff. Tengok team kita dah kalah dah"kata salah seorang pelajar lelaki.
"Asal aku pulak? Topik dalam balang tu yang susah. Ada ke patut suruh aku cerita pasal make up. Ingat aku ni maknyah"jawab Aakiff dengan gaya sekali dia bagi.
"Okay, disebabkan team lelaki kalah.. nak bagi denda apa dekat diorang ni?"tanya Adi kepada team perempuan.
"Berendam dalam tasik semalaman"aju ku memberi cadangan.
"Weh Lydia! Tak yah ar weh! Teruk ar kau ni"kata pelajar lelaki dan turut di sokong oleh pelajar lelaki yang lain.
"Okay fine, aku ringankan. Hmm..."aku meletkkan tangan di dagu tanda berfikir.
"Ha! Korang nyanyi je lah. Mr. A kan ada. Korang jadi penghibur malam ni"kata ku.
"Betul tu! Jadi penghibur" kata salah seorang pelajar perempuan dan turut di persetujui oleh pelajar lain.
"So, team lelaki terima tak?"tanya Adi.
"On!! Kejap aku ambil alat muzik"kata Aliff langsung berdiri.
"Okay. Enjoy your night"Adi berlalu dari situ menuju ke meja urussetia yang dihuni oleh fasi dan cikgu.
Tidak lama kemudian, Aliff, Aakiff dan Adam kembali dengan membawa alat musik masing-masing. Aliff dan Aakiff membawa gitar manakala Adam bermain cajon. Aliff dan Aakiff membetulkan posisinya tali gitar di petik beberapa kali bagi membetulkan not. Adam duduk di atas cajon dan bersedia untuk mengetuk.
Gitar Aliff
Gitar Aakiff
YOU ARE READING
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Hành động{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...