"Okay kelas, borang penyertaan kem bina semangat boleh hantar sekarang. Kalau ada yang belum hantar dan berminat nak join boleh hantar borang selewat-lewatnya balik sekolah esok di meja saya. Okay class dismiss"Cikgu Ayu melangkah keluar dengan membawa kertas borang.
Aisyah dan Alia terpaksa turut serta atas desakan ibu bapa mereka. Aku pula? Memang tak lah nak masuk. Mr.A? Entah lah. Dah masuk 2 minggu aku tak bertegur sapa dengan mereka. Diorang pun dah makin rapat dengan Miss Queen. Okay lah tu. Tak adalah Miss Queen nak ganggu Alfa lagi.
"Lydia, betul ke kau tak nak join ni?"tanya Aisyah.
"Ye.. aku tak join. Kenapa?"
"Tak best lah kalau kau tak ada. Siapa nak kejut kitorang pagi-pagi"kata Alia.
"Ala.. cikgu kan ada. Dah lah.. tak payah nak sedih lah.."kata ku.
"Wow! Tengok siapa yang tengah bersedih dekat sini?"sapa seseorang.
Serentak aku, Aisyah dan Alia berpaling. Terus aku menggulingkan mata menyampah. Siapa tak menyampah kalau yang datang tu si kaki drama. Siapa lagi kalau bukan Miss Queen.
"Kau nak apa datang sini? Kitorang ada kacau kau ke? Kau dah dapat balak kau kan. Berambus lah!"kata ku kasar.
"Ee.. kasarnya. Tak delah.. I datang sini saja nak ucap terima kasih sebab tinggalkan Aliff. I'm so glade yang Aliff dapat terima I jadi girlfriend dia"kata Qistina dengan penuh lagak.
"Kau berambus boleh tak? Semak mata aku je tengok korang ni"Aisyah mula melontarkan kata.
"Wah.. dah pandai bercakap dah kau eah!"celah Umi.
"Weh! Kesian dowh. Dah besar pun bodoh. Kalau aku tak pandai bercakap, dah lama aku masuk tadika balik"perli Aisyah.
Umi mengetap rahang geram. Kakinya mahu melangkah ke depan tetapi di halang oleh qistina.
"Dah lah. Buang masa je layan orang macam diorang ni. Sedih lah"kata Qistina. Kakinya di hayun pergi tetapi langkahnya terhenti secara tiba-tiba. Dia kembali ke arah aku.
"I lupa lah..."terus dia mencapai gelas yang berisi air oren di hadapan aku lalu di siram di atas kepala aku. Aku terkejut dengan perbuatannya begitu juga Alia dan Aisyah.
"Ops! Sorry. I sengaja nak buat"ujar Qistina dengan nada gediknya.
"Kau ni memang dah melampau kan!"aku bingkas bangun lalu menganggam kolar baju sekolahnya. Baru saja tangan aku ingin menghayun mengena pipi mulus Qistina, ada satu tangan kekar menghalang perbuatan ku.
Aku memandang empunya tangan dengan perasaan marah kerana amarah ku terbantut.
"Kau nak buat apa ni? Kau memang suka cari pasal dengan orang ke?! Kau nak pukul Qistina sebab dia rapat dengan aku?!"marah Aliff.
Aku merentap tangan aku manakala tangan aku sebelah lagi melepaskan kolar baju Qistina dengan cara menolak.
"Kau ada bukti ke nak tuduh aku sebarangan!"marah ku pula.
"Bukti dah ada depan mata. Kau cemburu kan sebab Aliff rapat dengan Qistina"celah Aakiff.
"Kau jangan nak menyampuk!"aku menunding jari ke arah Aakiff terus dia mengangkat kedua tangannya di udara tanda tidak ikut campur.
"Kau tak nampak ke Lydia dah basah kuyup! Kau rasa siapa yang mulakan dulu?"Aisyah bersuara.
"Kau diam ar burung hantu!"sahut Aakiff. Aisyah mengepal tangannya geram.
"Kau dengar sini ya Aliff Huzairy. Aku, tak hamak pun nak dekat kau. Cemburu? Sikit pun aku tak cemburu. Eh! Pergi mampuslah kau nak bercinta dengan dia sekali pun! Aku tak peduli! Kau! Dah rosakkan kepercayaan aku. Dan kau! Dah rosakkan cinta aku dekat kau!"tengking aku.
YOU ARE READING
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Action{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...