KHMA 33

3.7K 238 13
                                    

"Korang berdua tercegat macam nak nyanyi lagu negara ku tu kenapa? Cepatlah masuk bilik. Nanti Ummi dengan walid bangun. Naya je korang kena".

Aku dan Adam menghela nafas lega. Mati-mati aku ingat mak long dan Pak long yang buka lampu tadi.

"Kau buat apa tak tidur lagi waktu ni Aisyah! Nasib tak longgar jantung aku"kata Adam mengurut dada tanda lega.

"Aku tunggu korang lah. Lama sangat. Risau tahu tak! Dah pergi masuk. Nanti walid bangun lagi haru jadinya. Dengarlah korang tarbiah di subuh hari"omel Aisyah menapak kembali ke biliknya.

"Bukan sebab dia ke yang memekak akan buat pak long terjaga"kata ku perlahan kepada Adam. Adam mengangguk tanda setuju.

Aku melangkah masuk kedalam bilik. Pintu bilik aku tutup perlahan. Jaket kulit aku buka. Kaki menapak ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Bau busuk tu tak usah di cakaplah dengan peluh dan bau darah lagi. Baju nanti aku hantar je pergi dobi.

Seusai mandi, aku mengeringkan rambut lalu melabuhkan punggung aku di hujung katil. Fikiran aku bercelaru. Banyak sangat benda yang datang secara tiba-tiba.

Telefon aku berdeting menandakan ada notifikasi masuk. Aku melihat nama yang tertera di skrin.

"Haiqal? Apa dia nak pagi-pagi buta ni?".

Haiqal monyet🐒

Baby, esok bie tak dapat hantar baby ke sekolah. Papa Bie dah meninggal😭. Bie harap baby faham.

Tak apa, aku faham. Takziah.

Aku mencampakkan telefon aku di atas katil. Itu saja yang mampu aku balas dekat Haiqal. Sebab aku yang bunuh bapak dia. Bersalah? Adalah sikit. Dah itu kerja aku. Apa aku boleh buat.

Aku merebahkan badan aku di atas katil. Lenguh sendi-sendi aku dapat aku rasakan sekarang. Aku merenung siling kapur bilik aku. Perlu ke aku ajar Haiqal tu. Tetapi, secara tak langsung dia dah terjebak dalam masalah aku. Aish!!! Bertambah pulak orang yang aku perlu lindungi.

Lama-kelamaan mata aku semakin memberat. Dah pukul 3 pagikan mahu tak mengantuk. Akhirnya aku terlena seperti sleeping beauty yang tak tahu bila akan bangun.

-----------

Kebingitan jam loceng menganggu lena aku. Aku mencapai jam loceng di meja sisi katil lalu aku matikan. Mata aku masih lagi tertutup. Badan yang masih keletihan aku gagahkan. Aku turun dari katil. Langkah aku mamai. Tuala yang ada di penyangkut aku capai. Tanpa membuka mata, terus aku menapak ke bilik air.

Bam!

"Aduh!!! Bengong punya pintu. Waaaa~ sakit~"marah aku dengan rengetan. Tangan aku menggosok dahi aku yang sudah membiru. Air mata aku yang terkeluar di hujung mata aku sapu.

Aku menapak kembali ke dalam bilik air dam pastikan pintu di buka terlebih dahulu. Aku memandang cermin di dalam bilik air. Mata aku dah terbuka luas dek kerana terlanggar pintu tadi. Segar aku tiba-tiba.

Dahi aku tilik. Dah muncul warna kebiruan di situ. Aduh... macam mana nak sorok ni. Kalau tampal plaster.. ada orang perasan tak. Aku cuba membetulkan rambut aku di bahagian hadapan.

"Boleh lah tutup biru ni sikit dari nampak terus"kata ku sendiri.

Aku segera membersihkan diri. Takut nanti terlewat pulak nak pergi sekolah. Usai mandi, aku membetulkan rambut aku di bahagian hadapan. Bangs aku tak adalah tebal sangat. Nipis je macam anak-anak rambut.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang