Malam ini adalah malam berinai untuk aku. Sebelum menempuh hari berbahagia pada hari esok. Ramai saudara mara yang datang. Majlis aku semuanya di siapkan oleh mak long, mak su dan mak lang. Aku tak perlu buat apa-apa pun. Baju pun mereka yang siapkan. Pada mulanya aku fikir majlis aku dibuat kecil-kecilan je. Maklumlah jadi isteri keduakan. Tapi sangkaan aku meleset apabila majlis aku di jalankan besar-besaran.
Setelah aku siap berinai, ramailah sepupu sepapat aku yang nak berinai jugak. Aisyah si mak orang tu pun gatal nak berinai jugak. Tak padan dengan mak orang. Tidak ketinggalan juga Hawa. Saja aku nak bagi dia merasa. Tak lama lagi giliran dia dengan abang aku pulakan. Manalah tahu kut-kut berjodoh.
"Syah, aku naik bilik jap"ujar ku.
"Okay, jangan lama sangat. Nanti kau kena mandi bunga pulak".
Terhenti langkah aku bila terdengar pasal mandi bunga. What?..Tak pernah di buat orang malam berinai pengantin perempuan mandi bunga.
"Mandi bunga? Adat mana kau ikut ni?"soal ku.
"Mana aku tahu. Ummi aku suruh. Kau ikut jelah.. Dulu pun aku kena jugak"
"Yelah.. aku naik kejap"kaki menapak menaiki anak tangga menuju ke bilik. Aku mengambil telefon yang berada diatas meja. Terdapat beberapa panggilan tak dijawab dari Aliff. Aku tersenyum sumbing.
Mahu Aliff tak call aku banyak kali bila Mak Long melarang kami berjumpa seminggu sebelum majlis. Itu yang meroyan si Aliff tu. Kata mak long, takut kahwin nanti tak ada seri. Apo? Baru aku mahu menapak keluar, mata aku tertangkap dua bungkusan yang terletak elok di tepi meja.
Aku mengambil dua bungkusan itu lalu duduk di hujung katil.
"Laa.. ni bukan ke bungkusan hadiah hari jadi aku" gumam aku sendiri. Aku membuka satu bungkusan yang besar. Sepucuk surat di lekatkan di atas kotak. Surat itu aku buka lalu ku baca isi di dalamnya.
Kehadapan cucu atok yang disayangi,
Selamat ulang tahun. Atok tak tahu nak bagi apa dekat cucu atok ni. Lydia dah miliki segala-galanya. Harta, bisnes dan kasih sayang. Dokoh ini, atok harap sangat Lydia dapat pakai sewaktu Lydia kahwin. Atok harap juga atok dapat tengok Lydia kahwin sebelum atok tutup mata. Atok doakan Lydia selalu bahagia.
Air jernih mengalir di pipi. Kotak aku buka dan terpancullah dokoh berantai yang sangat cantik.
Pintu bilik di kuak dari luar. Tercegat figura Aisyah di hadapan pintu.
"Laa... kau buat apa lagi dalam ni.. sekarang ni kau nak.."terjeda kata-kata Aisyah apabila melihat aku menangis.
"La.. kenapa nangis ni.. orang nak kahwin kena happy tau. Bukan menangis"Aisyah mencapai surat yang aku pegang. Terdiam seketika Aisyah membacanya.
"Lyd.. walaupun atok tak ada dengan kita, dia mesti happy bila tahu kau akan kahwin. Dan kau kotakan janji kau dekat atok. Tak naklah nangis macam ni...Bakal pengantin tak elok menangis masa malam berinai. Nanti tak naik seri tau. Jom".dah macam orang tua-tua dah Aisyah ni. Itu tak boleh ini tak boleh.
YOU ARE READING
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Action{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...