Aku memberhentikan di hadapan sebuah rumah teres. Aku termenung seketika. Kepala aku toleh ke arah rumah itu. Betul ke apa yang aku buat ni. Enjin kereta aku matikan. Aku keluar dari kereta. Loceng rumah aku tekan beberapa kali terus pintu pagar kecil terbuka.
"Eh! Boss, buat apa dekat sini?"soal Bun yang terkejut beruk melihat aku terpacak di hadapan rumahnya.
Aku memandang Bun yang masih berbaju melayu dengan pandangan yang redup. Bun seperti dapat membaca fikiran aku. Dia mempelawa aku masuk.
Aku duduk di ruang tamu memeluk lutut. Bun yang tadi membawa diri ke dapur kini kembali dengan segelas air. Dia melabuhkan duduknya di sebelah aku.
"Okay, cuba kau cerita dengan aku apa yang jadi?"soal Bun.
Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan aku hela dengan berat. Aku menceritakan segala yang berlaku kepada Bun. Entah kenapa selepas kematian Alia, air mata aku memang mudah sangat mengalir. Sewaktu aku menceritakan kepada Bun. Air mata aku turut mengalir.
Bun mengambil tisu lalu di hulur kepada aku. Dia mendengar dengan teliti segala yang aku ceritakan. Wajahnya agak cuak apabila air jernih keluar dari mata aku. Kerana ini adalah pertama kali aku menangis di hadapannya. Sepanjang aku masuk Alpha, mana pernah aku menangis. Yang aku luah hanya marah dan melawan. Setitik air mata pun tak pernah keluar dari mata aku.
--------
"Abang macam apa dia tu? Sanggup halau adik dia. Seteruk-teruk kau.. kau tetap ada hati dan perasaan. Sekarang ni apa kau nak buat?"ujar Bun.
"Boleh aku tumpang rumah kau malam ni? Esok kau tolong hantar aku pergi rumah bonda".
"Boleh tu memang boleh.. tapi, aku tinggal sorang lah. Tak pe ke?".
"Macam aku tak pernah tinggal sebumbung dengan lelaki".
"Oh! Lupa boss. Aku dah berjangkit dengan perangai selenga si Lack lah ni. Menyesal aku selalu dengan dia".
Aku tersenyum mendengar kata-kata Bun. Bila teringat perangai lack, terus buat aku tersenyum. Alpha, merekalah keluarga aku.
"Ha.. macam ni lah aku nak tengok. Boss kena senyum. Tak cantik ar boss kalau sedih je".
"Ye lah kau. Mengapu aku ni mesti ada nak sesuatu ni?".
"Kau ni kan. Aku puji ikhlas tau. Dah, malam ni kau tidur dalam bilik aku. Aku tidur dekat ruang tamu. Aku nak keluar kejap ni. Apa-apa kau call aku"pesan Bun. Terus dia menapak keluar.
Aku membuka telefon aku yang aku matikan sejak keluar dari rumah tadi. Berbelas panggilan tak di jawab dari mak long dan Adam. Aku menutup kembali telefon aku. Kaki aku hayun ke luar rumah untuk mengambil barang aku di dalam kereta.
Aku kembali masuk ke dalam rumah. Punggung aku labuhkan di atas sofa. Gambar-gambar kenangan aku dan Alia aku tilik. Walaupun baru saja Alia di kebumikan, tapi aku rindu celotehnya. Dari posisi duduk ke posisi baring. Air mata aku masih mengalir. Penat sebenarnya menangis ni. Tapi apakan daya, jiwa ini lemah untuk menahan tangis. Lama-kelamaan akhirnya aku terlena di sofa dengan linangan air mata.
-------
Aku membuka mata ku apabila aku merasakan sudah lama aku tertidur. Aku mendapati tidak berada di ruang tamu. Semuanya putih. Aku dekat mana? Mata aku tertancap pada bayangan figura Alia yang tersenyum ke arah aku. Wajahnya berseri gembira. Apabila aku mendekat, dia semakin menjauh.
"Alia! Kau jangan tinggalkan aku Alia! Aku penyebab kau mati Alia.. tolong.. maafkan aku.."ujar ku keesakkan menangis.
"Kau tak salah Lydia. Aku yang pilih untuk selamatkan kau. Kau dah banyak mengubah hidup aku. Kau kawan aku dunia dan akhirat Lydia. Aku pergi dulu"tutur Alia. Bayangannya mula memudar dan semakin lama semakin menghilang.
YOU ARE READING
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Action{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...