Di pagi yang indah mestilah mulakan hari dengan senyuman ceriakan. Tapi lain pula dengan aku. Siapa je dalam rumah ni yang selalu buat aku sakit hari. Sudah terang lagikan bersuluh orangnya Adam Firdaus.
Nak tahu apa dia buat dekat aku? Boleh dia pergi conteng muka aku dengan marker permanent. Nasib baik boleh hilang. Jenuh aku menyental tadi. Habis merah muka aku.
Aku yang duduk di meja makan memandang Adam tajam dengan muka bengis. Nasi goreng ku sua ke mulut dan mengunyah kuat. Aku bayangkan yang nasi goreng ni abang aku.
"Apa pandang aku? Tak puas hati?"tegur Adam.
Aku mengecilkan mata ku memandangnya. Sudu ku ketuk-ketuk di atas meja.
"Apa masalah kau nak conteng muka aku?!"marah ku menghalakan sudu kearah Adam.
"Eh! Kira serilah. Dua sama"Adam membalas lalu menyumbat kepingan roti kedalam mulut.
Aku berdengus. Betullah apa Adam cakap tu. Kitorang seri sebab ALFA yang start dulu.
---------
Aku selamat sampai di sekolah. Kereta ku kunci sebaik saja aku, Aisyah dan Alia keluar dari perut kereta. Kaki ku atur ke bilik musik di mana Cikgu Hani sudah menunggu.
Salam di beri sebelum melangkah masuk ke dalam bilik musik. Aku mengambil tempat duduk di bahagian hadapan begitu juga dengan Aisyah dan Alia.
"Okay, kita tunggu Mr. A dulu lepas tu kita biasakan dengan melodi dia. okay?"kata Cikgu Hani menghulurkan kepingan kertas.
"Baik cikgu"jawab ku menyambut huluran itu.
Mata ku meniti setiap patah kata lagu yang tertera di atas kertas. Aku menghamingkan melodi lagu itu mencari irama. Aku berdecit apabila melodi ku tidak betul.
Aku berdiri melangkah ke hadapan di mana Mic sudah tersedia di situ. Aku merapatkan diri dengan mic. Jari telunjuk mengatuk microfon.
"Cubaan test suara"kata ku.
Nafas ku tarik. Baru aku mahu mengeluarkan suara, pintu bilik musik terbuka dari luar. Tercegat figura Mr. A di hadapan pintu.
Mr. A melangkah masuk. Beg mereka di letakkan di atas kerusi paling hadapan. Mereka mengambil posisi masing-masing. Adam mengeluarkan drum stiknya dari poket belaknag seluar dan memutarkan kayu drum di jarinya.
Aliff menyilangkan tali gitar ke bahu terus jarinya di alu ke tali not gitar. Gitar di petik bagi membetulkan not-not yang sumbang. Begitu juga Aakiff melakukan perkara yang sama.
Aku perhati je apa yang diorang buat. Handsome juga si Aliff ni bila pegang gitar. Jantung tolong sabar ya. Jangan buat macam aku ni baru habis marathon.
Alia berjalan ke posisinya sempat dia menyiku aku menyebabkan aku seperti baru tersedar dari lamunan.
"Amboi kau... Tengok macam nak tembus. Kau terima je lah Aliff tu."kata Alia.
"Diam lah kau. Kau jangan buat aku ingat balik kisah kau dengan abang aku"ugut ku senyum senget.
"Ish! Jangan lah... Malu tahu tak"Alia memukul bahu aku dengan wajahnya memerah. Malulah tu.
Flashback..
Aku membawa Alia ke bonjour Cafe untuk membantu Alia meminta maaf dekat Aliff. Aku dan Alia memasuki bonjour cafe. Terpegun Alia melihat dekorasi cafe yang sungguh elegent. Aku memanjangkan leher mencari kelibat Mr. A.
YOU ARE READING
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Action{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...