Pasanglah lagu dekat atas tu ya. 😁😁 sampai menangis tau sis buat scene ni.
"Lydia!!"
Bang! Bang! Bang!
Mendengar saja bunyi tembakan itu, terus aku berpaling. Aku mendapati Alia berdiri betul-betul di hadapan aku. Aku menyambut tubuh Alia yang lemah sehingga aku juga turut terjeluput ke tanah.
Pistol di tangan Qistina jatuh ke tanah. Tangannya mula menggigil. Mungkin kerana tersalah tembak.
"Alia..kau bertahan Alia! Aku akan bawak kau pergi hospital."kata ku menangis. Orang lain yang melihat kejadian itu turut terkesima. Terutamanya Adam. Adam menghampiri aku. Lidahnya kelu tanpa kata.
"Tak pa..yah. Aku nak.. k.. kau janji de.. dengan aku. Kau akan berubah. Kau sahabat aku.. yang sejati Lydia"ujar Alia tersekat-sekat. Semakin kuat aku menangis.
"Adam.. selalu ingat saya.. hurk!! Dalam hati awak"ujar Alia lagi tersenyum.
Aku memandang Alia. Matanya sudah tertutup rapat. Dan tiada lagi hembusan nafas.
"Alia!!!! Kau jangan tinggalkan aku Alia.. aku dah janji dengan mama kau nak bawak kau balik dengan selamat.. Alia!!!!"teriak aku dalam tangisan. Adam yang bercangkuk di sisi aku terduduk. Air matanya mula jatuh. Melihat orang yang dia sayang pergi buat selama-lamanya di hadapan matanya. Aisyah yang masih terikat turut menangis.
Aakiff menghampiri kerusi Aisyah lalu membuka ikatan tali. Selepas ikatan itu terurai, segera Aisyah menerpa ke arah jasad Alia dengan raungan tangisan.
Aakiff membuka ikatan Atok lalu membawa atok ke hospital dengan di bantu oleh beberapa orang yang lain.
"Alia!!! Bangun!!!! Alia!!!"raung aku tersedu-sedu.
Kepala Alia aku letakkan di bawah perlahan-lahan. Aku berdiri dengan tangan di kepalkan. Perasaan marah aku membuak-buak. Pisau yang aku selit di dalam boot aku keluarkan. Waktu itu aku hanya fikirkan tentang Alia. Dia dah bunuh Alia! Dia pun mesti mati.
Qistina yang melihat aku yang seperti menyeramkan itu mula ketakutan. Wajahnya mula cuak dan pucat.
"Kau bunuh kawan aku!! Kau bunuh dia!! Dan kau.. akan rasa benda yang sama!!"pekik aku. Air mata mengalir ke pipi.
Aku berlari mendapatkan Qistina. Qistina yang ketakutan melarikan diri tetapi tindakan aku lebih pantas. Aku menarik lengannya lalu lengan aku memeluk lehernya.
"Lydia maafkan aku Lydia.. aku tak nak mati lagi.. tolong lah Lydia.."rayu Qistina.
"Diam!!"teriak ku.
Aku mengheret Qistina berdiri betul-betul di hadapan kamera cctv. Biar si setan tu lihat anaknya mati di hadapan mata dia.
"Lydia tolong Lydia.. Lydia ekh!"rayuan Qistina terhenti apabila pisau ditangan aku mengelar leher Qistina. Terpercik darah keluar. Tiger yang melihat melaui cctv tergamam.
Aku melepaskan tangan aku dan jasad Qistina jatuh ke tanah. Aku melutut memandang kamera. Pisau ku angkat ke udara lalu aku tikam berkali-kali di badan Qistina. Aku seperti orang yang hilang kewarasan.
Aku mendongak memandang kamera dengan senyuman sinis menyeringai. Wajah aku yang dipenuhi darah membuatkan wajah aku kelihatan lebih mengerikan.
"Sekarang giliran kau!"kata ku tegas.
Kaki ku hayun pantas ke bilik Tiger. Pintu aku kunci dari dalam. Aku tak mahu siapa pun yang masuk. Biar aku saja yang habiskan jantan tua ni.
Yang lain masih meratapi Alia yang terkujur kaku dengan darah masih melekat di bajunya. Tidak dapat di sangka bahawa malam ini adalah malam terakhir Alia melihat dunia dan bergembira.
YOU ARE READING
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]
Action{𝓢𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂} Hidup sebagai seorang anak yatim memang sukar untuk seorang gadis bernama Lydia Farhana. Dia hanya tinggal bersama atuknya di kampung. Kehilangan keluarga dalam satu memori hitam membuatkan Lydia murung. Atuknya mengambil k...