P6

2.2K 278 209
                                    

" Yeahhhh kita dah sampai ! " Keterujaan budak itu membuatkan Jaemin mengeluh kecil. Sudah bertahun dia tak ke fun fair ini tapi hari itu dia menjejakkan kaki ke sini kerana budak itu. Yang paling dia tak puas hati ialah Taeyong boleh bagi dia duit hanya untuk belanja budak itu.

" J, ni duit sikit aku bagi. Kau tu dahlah kedekut, tah mana kau bawa budak tu kalau aku tak bagi duit. Tah-tah kau bawa dia pergi perpustakaan je. "

Sakit hati betul bila dituduh kedekut. Takdalah dia kata yang tuduhan lelaki itu salah tapi tak perlu cakap straightforward macam tu. " Appa, appa. Haru nak patung itik tu ! " Jeritan keterujaan Haru membuatkan dua orang perempuan yang berdiri berdekatan dengan mereka itu memandang ke arah mereka sambil berbisik-bisik. Macam dia tak tahu apa yang dibisikkan oleh perempuan itu. Dia boleh dengar kot ! Cuma dia malas nak layan.

" Pakcik, bak bola tu. "

Setakat nak jatuhkan tin, sambil tutup mata pun dia boleh. Dia dah pro sangat dah main benda ni. Dengan sekali percubaan, dia berjaya menjatuhkan tin-tin yang disusun menjadi bentuk piramid itu. " Bagi budak ni patung itik tu. " Haru tersenyum gembira selepas mendapat patung itik itu. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman kecil. " Itik buruk tu pun kau nak. " Banyak je patung lain, tapi itu juga yang dipilih.

" Appa, hebatlah. Appa is the best. " Jaemin tersenyum sinis. Baru budak tu tahu ? Dia malas nak berlagak, nanti orang kata riak. " Aku dah kata dah tu memang appa dia. Omma dia takda pun. Mesti omma dia dah tinggalkan appa dia lepas beranak. Biasalah budak muda, kesian betul. " Panas telinganya mendengar kata-kata perempuan itu.

" Haru nak aiskrimkan ? Nah duit, tu ada aiskrim. Beli eh ? Appa tunggu dekat sini. " Tanpa banyak bicara, Haru berlari ke kedai yang menjual aiskrim itu.

" Kalau dia takda omma pun kenapa ? Jealous ke dia ada appa yang handsome ? Jealous ke tak dapat ada anak dengan lelaki yang handsome macam aku ni ? Sebelum aku jahit mulut kau, baik kau diam. Jaga tepi kain sedinri, oh kain pun macam tak cukup je ni patutlah tak dapat jaga kain sendiri. Pakai baju macam nak suruh orang rogol kau. "

Selepas mendengar bicaranya, dua orang perempuan itu terus berjalan laju ke arah lain. Fuh, puas hatinya. Memang Haru itu bukan anaknya tapi kalaulah budak itu dengar bicara perempuan itu, tak ke sedih budak tu ? Memanglah dia ada niat nak jual budak tu tapi dia takdalah jahat sangat. Masyarakat sekarang masih tak boleh terima kalau nampak lelaki muda yang kacak ada anak.

Ish ish ish.

" Appa, nah. "

Dia menyambut aiskrim yang dihulurkan oleh Haru. Lama dia memandang budak yang sedang memakan aiskrim itu. Entah kenapa tangannya seperti bergerak tanpa kawalan ke arah kepala budak itu. Tangannya menggosok perlahan kepala budak itu lalu bibirnya mengukir senyuman.

" Good job, anak appa. "























my reaction:

my reaction:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔Where stories live. Discover now