P5

2.2K 270 111
                                    

" So betullah tu anak kau ? "

Dia mengeluh berat. Soalan Taeyong itu tak dapat dia jawab walaupun soalannya sangat mudah dan dia hanya perlu jawab ya ataupun tidak sahaja. " She's not, dia tiba-tiba datang dekat aku then mengaku aku appa dia. Hyung pun tahu aku macam manakan ? Aku takkan sentuh perempuan selagi belum kahwin. "

Lelaki itu mengangguk kecil tanda setuju dengan kata-katanya. Dia, Na Jaemin ialah seorang lelaki yang sangat menghormati wanita. BANGGA DIRI SIOT. " Habis tu kau nak buat apa dengan budak tu ? " Dia terdiam seketika. Dia pun tak tahu.

Tanpa menjawab soalan lelaki itu, matanya dibawa memandang ke arah Haru yang sedang tidur disofa bilik rehat pekerja kafe itu. Nak dibuang budak tu, kesian pula. Nak dijaga, dia tak reti. Lagipun umurnya masih muda, pasti orang akan salah sangka. Uih peninglah kepalanya.

" Kita jual nak budak ni ? "

" WOI ANJIR KAMU ! " Kepalanya diketuk kuat oleh Taeyong membuatkan dia mengadu sakit. Dia rasa kepala dia berdarahlah, boleh dia pergi jumpa doktor tak ? " Kalau kau tak sayang budak tu pun, tak payah sampai nak jual. Bodoh tu simpan sikit untuk next generation. " Panjang muncungkan mendengar kata-kata lelaki itu. Tak perlu cakap begitulah, sahabat. Sakit hati ni woi. " Macam nilah, kau try jaga dia dulu. Aku bagi kau cuti sehari esok, kau pergi spend time dengan dia. "

Dia memandang lelaki itu dengan wajah terkejut. Sepanjang dia bekerja dengan Taeyong, hanya sekali sahaja lelaki itu meluluskan permohonan cutinya tapi sekarang ? Senangnya lelaki itu memberi dia cuti hanya kerana budak tu. " J, dengar ni. Kadang-kadang dalam hidup ni, bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat. Maybe kau tak nak sesuatu perkara tu jadi dalam hidup kau tapi benda tu jadi. Kau kena terima segalanya, semua ada hikmah. Trust me, J. "

Jaemin hanya mengangguk kecil mendengar kata-kata motivasi dari lelaki itu. Entah kenapa tiba-tiba lelaki itu jadi pakar motivasi pula. Layankan sajalah. Dia membawa matanya memandang ke arah budak yang sedang tidur nyenyak itu. " So hari ni hari rabu dan selalunya rabu kau akan balik awal sebab nak dating dengan girlfriend kau. Memandangkan kau dah single, hari ni kau tutup kedai. Aku nak chaw dulu ! "

" Jantan tak guna. "

KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔Where stories live. Discover now