Jaemin perlahan-lahan membuka matanya secara tak relanya. Tidurnya yang lena dikejutkan dengan henjutan dikatil serta suara yang tidak menyenangkan. " Appa ! APPA ! APPA ! " Dia menggosok-gosok matanya sambil cuba melihat ke arah jam dinding. Baru jam 3 pagi. Kurang diajar betullah siapa yang kacau masa tidurnya ini !
" Appa, appa ! APAK KAU. Nak apa kau ni ?! " Mahu tak marah. Esok dia kerja kot, boleh pula budak ni bising-bising waktu macam ni. " Haru nakk– " Dia akhirnya menyandarkan badan dikatil sambil menantikan kata-kata budak tu.
" HARU NAKK SUSU !!! " Ah sudah–
Adakah Na Jaemin seorang perempuan sehingga boleh memberikan breastfeeding ? " Woi, woi. Minta tu bende logik sikit boleh tak ! Dada aku ni bukan ada apa-apa. Nampak macam boleh keluarkan susu ke ? Takkan ?! " Budak tu kembali menangis sehingga dia tak tahu nak buat apa.
" NAKK SUSUUUU. " Dia menjeling sedikit ke arah budak itu. Aduhai susahnya jaga budak ni. " Meh sini aku dukung. " Perlahan-lahan Haru berjalan ke arah dia lalu masuk ke dakapannya. Sukalah tu, euw.
Dia terus mendukung budak itu lalu ke mana ? Ke bilik ommanyalah. Pintu bilik omma diketuk secara sopannya. Yelah, dia ketuk pintu bilik orang pukul 3 pagi kot. Takda kerja ke ?
" Omma, buka pintu sekejap. " Tiada respon.
" Omma, Jaemin need some help ni. " Masih tiada respon dari omma atau appanya.
" Haru nak susuuuu. " Dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan ke arah pintu dengan lajunya. Terus pintu bilik dibuka oleh ommanya.
Wah, kalau fasal budak ni laju aje. Kenapa dia jealous ni ?! Huh. " Haru nak susu ? Hah, meh omma buatkan. " Omma mengambil Haru dari dia lalu berjalan ke arah tangga untuk turun ke tingkat bawah.
" Aik omma ? Sejak bila rumah kita ada susu budak-budak ni ? " Setahu dia, rumah ni takda budak-budak sampai ommanya perlukan susu tu. Takkanlah ommanya yang nak minum. " Ommakan jaga anak jiran kita tu. Ni susu yang omma beli. "
Jaemin hanya mengiakan kata-kata ommanya itu. Baru dia tahu ada benda macam tu dalam rumahnya. " Jaemin bawa Haru pergi tempat kerja Jaemin ye esok ? " Membulat matanya mendengar kata-kata ommanya itu. Dia salah dengarkah ?
" OMMA WAE ?! "
Ommanya memandang ke arahnya dengan pandangan menyampah. " Omma dengan appakan ada business kedai makan, omma dengan appa sibuklah. Macam tak biasa pula kamu ni. " Jaemin mengusutkan rambutnya kerana terlalu stres.
" Omma– " Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, ommanya menutup mulutnya. Selepas sudah pasti dia dapat bertenang, ommanya itu mengalihkan tangan dari mulutnya.
" Walaupun dia ni bukan anak kamu, kamu tetapi kena jaga. Practice jadi appa, kamu tu girlfriend pun takda macam mana nak kahwin ? Huh. " Dia baru sahaja dikutuk oleh ommanya sendiri. Auch it hurts.
" Yelah. "
YOU ARE READING
KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔
Fanfiction❝ Appa..❞ ❝ Eh eh- kau anak siapa ni ? ❞ beautiful cover by @PEACHYHYUN-