P9

2.2K 250 69
                                    

" Hyung, aku nak minta cuti sehari esok. Aku rasa aku kerja keras sangat lately, aku nak rehat sehari. "

Lelaki yang sedari tadi fokus memeriksa jualan bulan ini mengangkat kepala memandang ke arahnya. " Eh sure boleh-boleh. Cukup ke sehari ? Lebih sehari pun takpa, aku bagi. " Perlahan dia menggeleng. Cukuplah sehari, sebenarnya sehari itu pun lebih dari cukup untuk dia berehat. Dia cuma nak rehatkan fikirannya. Itu sahaja. " Thanks hyung. Aku pergi sambung kerja dulu. "

Dia melangkah kaki ke arah dapur untuk menyambung kerjanya. " J, are you okay ? " Langkah kakinya perlahan-lahan berhenti lalu dia memusingkan badan menghadap Taeyong. Dia mengukir senyuman dibibirnya supaya lelaki itu tahu dia okay. " Okay, of course okay. Kenapa aku nak tak okay pulakan ? " Cuba beri sebab kenapa dia perlu tak okay ? Dia sentiasa okay.

" J, aku tahu kau faham apa yang cuba aku sampaikan. Aku tahu kau dah mula sayang budak tu dan tiba-tiba omma budak tu datang ambil dia. Aku tahu kau sedih, J. "

Kata-kata lelaki itu menusuk tepat hingga ke hati Jaemin. Cukuplah dia menangis semalam, dia tak nak air matanya jatuh lagi. " Hyung ni banyak tengok dramalah. Hyung tahu aku tak suka budak-budak, kenapa aku nak kena sayang buat tu ? Nonsense. " Dia cuba tertawa kecil bagi membuang rasa curiga lelaki itu pada dirinya. Dia sudah berkawan dengan lelaki itu lama, dia jarang boleh menipu lelaki itu.

" Na Jaemin. "

Bila lelaki itu sudah menyebut nama penuhnya, pasti lelaki itu mahu dia serius. Jaemin mengeluh kecil. " Hyung, kau juga yang cakap kadang-kadang tak semua benda yang kita nak, akan jadi. Aku nak dia stay tapi tak akan jadi. Aku tak boleh halang perempuan tu ambil anak dia balik. Aku orang luar, hyung. Aku bukan appa dia. " Dapat dia rasa air matanya bergenang. Ahh dia tak nak benda ni buat dia menangis.

" Ak..aku dah mula sayang dia, hyung. " Air matanya akhirnya mengalir dipipi membuatkan dia menundukkan kepalanya. " Kenapa ? Kenapa dia pergi ? " Taeyong menarik dia ke dalam dakapan membuatkan dia semakin teresak-esak.

" Aku sayang dia hyung. "






























Dahlah dah end, nak apa lagi ? Ye, aku suka buat fan fiction sad ending. Kenapa ? Apa masalahnya ? Suka hatilah, wek. HAHAHAHHHA.

Share this story to your followers. Don't forget to like, comment and subscribe eh tak tak. Jangan lupa stay safe awak semua :)

KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔Where stories live. Discover now