Jaemin mengeluh kecil apabila mengenangkan apa yang berlaku dua tahun yang lalu itu. Tangisan yang buatkan dia sedar bahawa seseorang tak akan menghargai sesuatu itu sehinggalah sesuatu itu hilang. Dia mengakui yang dia menyesal tak ungkapkan rasa sayangnya pada Haru. Kalau dia ungkapkan, mungkin dia boleh halang budak itu dari pergi meninggalkannya.
" Jaemin, Jaemin. Teruk betul kau ni. " Dia tertawa kecil. Kebodohannya melampau-lampau. Bak kata Taeyong, bodoh tu simpan sikit untuk next generation. Tapi malangnya dia tak ikut pula nasihat lelaki itu. Dia memandang laut yang berada dihadapannya itu. Cantik.
" Appa ! "
Mendengar jeritan itu membuatkan Jaemin memusingkan kepala ke arah suara itu. Senyuman terbit melihat tuan empunya suara itu.
" Appa buat apa duduk sini sorang-sorang ? "
Budak itu duduk di atas pangkuannya sambil bibir kecil itu mengukir senyuman lebar. " Alah, saja nak tengok pantai. Harulah, asyik dengan omma je. Tinggalkan appa sorang. " Dia mencuit perlahan hidung anak kecil itu. Comel benar. " Hyun pergi belikan air untuk oppa, oppa kata oppa haus tadi. Nah. " Huluran wanita itu dia sambut dengan senyuman dibibirnya lalu wanita itu duduk disebelahnya.
Kim Hyun, wanita yang membuatnya menangis kerana mengambil Haru secara tiba-tiba. Wanita itu jugalah yang mencuri hatinya. Pertama kali dia berjumpa wanita itu, dia tak terlalu hiraukan wanita itu kerana hati lebih kesahkan tentang Haru tetapi selepas berjumpa dua tiga kali, dia jatuh cinta. Dah selepas beberapa bulan, mereka bercadang untuk berkahwin.
" Oppa tak rasa ke kisah cinta kita macam mudah sangat ? "
Wanita itu memang muda setahun darinya. Wanita itu pernah berkahwin, orang kata kahwin muda dan dari situlah lahirnya Haru tetapi bekas suaminya tak mahukan anak. Jadi lelaki itu ceraikan Hyun. Baginya dia tak kisah semua itu dan dia kagum wanita itu boleh membesarkan Haru seorang diri sehingga budak itu menjadi budak yang hebat.
" Dah jodohkan ? " Haru bangun dari pangkuannya untuk bermain dipersisiran pantai itu. " Oppa, maaf kalau Hyun tak macam perempuan lain. Hyunkan pernah kah– "
Jaemin memandang Hyun membuatkan wanita itu mendiamkan diri. " Bukan ke oppa dah kata sebelum ni, oppa tak kesah pun. Yang penting, ikhlas dan jujur. " Dia menarik isterinya itu ke dalam dakapannya. " Saranghae~ "
" Appa, saranghae~! " Haru menjerit kuat. " Ye, appa pun sayang Haru dengan omma. Meh sini kiss. "
Eleh eleh ni baru endlah. Orang gurau je cakap cerita ni sad ending, eleh eleh.
Btw thank you for those yang support story ni. Saya noob gila buat fan fiction ni, typo pun berlambak. Jadi yang support, thank you. Love you~
YOU ARE READING
KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔
Fanfiction❝ Appa..❞ ❝ Eh eh- kau anak siapa ni ? ❞ beautiful cover by @PEACHYHYUN-