" Haru ! "
Tolakan kuat pada pintu kafe mereka itu buatkan semua yang berada di situ memandang ke arah pintu. Perempuan mana pula ni ? " Haru, ni omma ni. " Kata-kata perempuan itu membuatkan dia menelan air liurnya. Hari ini telah tiba. Hari dimana seseorang akan mengambil Haru darinya. " Appa, kenapa unnie ni ? Tolong Haru appa. "
Mendengar rengekan budak itu buatkan dia meninggalkan kopi yang sedang dia buat itu lalu terus berjalan ke arah Haru. " Miss, macam mana awak boleh cakap yang awak omma dia sedangkan dia pun tak kenal awak. Dia dah besar. Kalau awak omma dia, dia tahu. " Tangan Haru yang sedari tadi dipegang oleh perempuan itu ditarik perlahan. Okay Jaemin, relax je. Kita boleh handle ni.
" Haru, omma dah lama cari Haru. Kenapa Haru lari dari omma macam tu je ? Omma janji lepas ni omma akan beri sepenuh perhatian pada Haru. Selama ni omma terlalu sibuk kerja. Omma minta maaf, kita balik ye ? " Perempuan tu ingat senang-senang ke budak ni nak tertipu ? Ceh, not that easy.
" Omma janji ? "
Hatinya berkecai. Jaemin memandang ke arah Haru yang sedang bersembunyi di belakangnya itu dengan pandangan keliru. " Ni..ni betul ke omma kau ? " Perlahan budak itu mengangguk. Hanya dengan melihat anggukan itu buatkan dia rasa mahu menangis di situ. Dia rasa diperbodohkan. Bahkan dia mempertahankan budak itu tadi hanya sia-sia.
" Appa.. " Budak itu cuba memegang tangannya tapi laju dia menarik tangannya sendiri. Dia cuba menunjukkan sisinya yang tak peduli langsung pada budak itu. " Hah, omma kau dah datang tu. Pergilah, bolehlah aku tidur sorang lepas ni. "
Jaemin berjalan ke arah tempat membuat kopi itu semula dan terus mengabaikan segalanya. Dia boleh lihat rakan-rakannya sedang memandang ke arahnya dengan pandangan keliru. Dia terus cuba fokus pada kopi yang dia buat itu tetapi entah kenapa air matanya mengalir tanpa dia suruh pun. " Shit.. " Perlahan dia mencarut.
" J. " Panggilan Taeyong itu diabaikan. Dia tak mahu mengangkat kepalanya sewaktu air matanya sedang mengalir.
" Eh kalau diaorang takda apa-apa, diaorang boleh terus keluar kot. Kita banyak customer lagi ni. " Dia berjalan ke arah dapur kafe itu tapi tiba-tiba langkahnya terhenti. " Appa.."
" Omma kau dah sampai tu, pergilah dekat dia. "
me:
YOU ARE READING
KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔
Fanfiction❝ Appa..❞ ❝ Eh eh- kau anak siapa ni ? ❞ beautiful cover by @PEACHYHYUN-