" Eiii comelnyaaaaaaaa~! "
" Anak siapa ni ? "
" Nama siapa ? "
Jaemin yang melihat rakan-rakannya sedang teruja melihat budak itu hanya mampu mengeluh berat. " Na Haru. " Dia memandang budak itu dengan muka menyampah. Kalau dia tak dipaksa oleh ommanya, takdanya dia nak bawa budak ni datang tempat kerjanya. " Anak sedara kau ke Jaemin ? " Jaemin yang sedang mengelap meja itu memandang ke arah Taeyong merangkap bosnya.
" Aniya, tu appa Haru~ " Selepas mendengar kata-kata Haru itu, semua yang tadinya sedang gembira kini memandangnya dengan wajah terkejut beruk.
" Kau..dah tu– "
Jaemin menjeling tajam ke arah Sana membuatkan wanita itu menghentikan bicaranya. " Tak, dia macam ni. B– " Pintu kedai yang dibuka secara kasar itu membuatkan mereka semua kaget eh– terkejut. Baru sahaja dia mahu jelaskan kepada mereka semua, tiba-tiba je ada gangguan.
" Oppa ! " Suara jeritan itu membuatkan mereka semua mengeluh. " Here we go again. Datang dah minah senget ni. " Kata-kata Taeyong itu hanya dibalas dengan gelenggan kepala.
" Min buat apa dekat sini ? " Melihat wanita itu memakai dress atas lutut itu membuatkan kepalanya berkerut. Wanita itu memang nak jemput orang tengok badan wanita itu ke apa ? " Oppa jom pergi club. " Mendengar kata-kata wanita itu buatkan dia berkerut.
" It's 10 in the morning, Min. "
Sepuluh pagi nak pergi kelab malam, gila ke ? Memang dah takda waktu lain nak pergikan ? Kadang-kadang dia tak faham dengan wanita itu, tak– sebenarnya dia memang sentiasa tidak memahami wanita itu. " Oppa nak judge Minlah ni ? Oppa kenapa ?! " Terlalu nyaring suara wanita itu membuatkan telinganya sakit.
" Oppa.." Suara Min yang tiba-tiba dingin itu buatkan dia menelan air liurnya.
" TU ANAK SIAPA ?! " Wanita itu menunjukkan jari terus ke arah Haru yang sedang makan aiskrim yang dibeli oleh Taeyong tadi. " Anak n– "
" OPPA TAK BAGI MIN JUMPA OMMA DENGAN APPA OPPA LEPAS TU TIBA-TIBA OPPA DAH ADA ANAK ?! AHHHHHH ! "
Meroyan je kerja perempuan nilah. Ye, memang Min itu teman wanitanya dan memang dia belum pernah bawa Min berjumpa omma atau appanya. Kau tengoklah perangai perempuan tu macam mana, takkanlah dia nak bawa yang perangai macam tu jumpa ommanya. Mahu dia kena buang keluarga.
" Eh anak haram, kau berani eh nak dekat-dekat dengan oppa aku ! "
Wanita itu cuba mendekati Haru dan baru sahaja Min mahu menarik rambut Haru, dia terlebih dahulu menampar wanita itu. " Kalau kau hina aku, aku boleh terima. Tapi jangan pernah hina family aku. Kalau aku nampak muka bangsat kau ni lagi, aku bunuh kau. " Wanita itu memegang pipi sambil menahan air mata.
" Kita putus. " Puas hatinya. Selama ini apa yang wanita itu buat, dia ikutkan sahaja tapi bukan kali ini. " So oppa pilih anak haram tu daripada Min ?! " Akhirnya air mata wanita itu mengalir. Dia jadi tak pasti air mata itu betul atau palsu.
" Anak haram yang kau kata tu anak aku, faham ? Yang haram sekarang ni, kau. Berambus. "
YOU ARE READING
KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔
Fanfiction❝ Appa..❞ ❝ Eh eh- kau anak siapa ni ? ❞ beautiful cover by @PEACHYHYUN-