P7

2K 277 146
                                    

Sebelum dia masuk ke dalam mimpi, dia mengambil keputusan untuk membuka aplikasi Instagram terlebih dahulu. Dia ada dua akaun Instagram. Satu untuk umum dan satu lagi dia hanya biarkan orang yang rapat dengannya sahaja ikut. Dia sekarang sedang menggunakan akuan yang kedua.

 Dia sekarang sedang menggunakan akuan yang kedua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liked by taeyong.sultan and others

jaeminterlebihkacak 🐣
view all 70 comments
taeyong.sultan wah J !
taeyong.sultan mantap J !
taeyong.sultan wah wah, aku nak baring dekat situ kau tak pernah bagi.
taeyong.sultan BAHAGIA NAMPAK
    | jaeminterlebihkacak Ku tumbuk mukamu nanti hyung.
sanasini_ COMELNYA 😍❤
ommacomel cucu siapa comel sangat ni 💛
appaganas tidur Jaemin, kesian budak tu.

Telefonnya diletak dimeja kecil yang berada disebelah katilnya itu lalu dia baring menghadap ke arah Haru. Dah lama sebenarnya budak itu tidur, gambar yang dia ambil itu pun. Bila tengok lama-lama wajah budak itu, comel je dia rasa. Dia bukannya benci budak tu cuma dia rasa kenapa dia perlu jaga budak tu sedangkan itu bukan anaknya. Dia tak pernah kesah tentang apa yang orang cakap.

" Haih~ apalah aku nak buat dengan kau ni. Kalau lama-lama jaga kau, nanti aku makin sayang pula dekat kau. Habis tu kalau dah sayang, tiba-tiba omma betul kau datang ambil kau macam mana ? "

Itu sahaja yang berada difikirannya sejak kebelakangan ini. Sebab itu dia tak nak terlalu sayang budak itu. Sifat dinginnya pada budak itu bersebab, bukan kerana dia tak suka budak tu. Okay ? Semua orang faham ? Okay ! Perlahan-lahan tangannya dibawa untuk mengusap pipi budak itu. Dia tak pernah nak buat begitu pada kanak-kanak yang lain tapi entah kenapa dia rasa mahu lakukan itu dengan Haru.

" Appa tak nak tidur ke ? "

Mendengar suara budak itu terus buatkan dia menarik laju tangannya dari pipi budak itu. " Uhm..kau tidur jelah dulu. Sibuk je hal aku. " Dapat dia lihat budak itu mengangguk kecil. " Appa tak suka Haru ke ? Haru susahkan appa ke ? Kalau Haru susahkan appa, appa boleh letak Haru dekat rumah anak yatim. " Kata-kata Haru buatkan dia terdiam. Tak pernah dia sangka yang budak kecil seperti itu boleh katakan perkara yang sebegitu.

" Haru tak pernah rasa selesa dengan sesiapa pun sebelum ni tapi lepas jumpa appa, appa buat Haru sedar yang tak apa pun kita rapat dengan orang lain. Haru tahu kalau apa-apa jadi dekat Haru, appa ada untuk selamatkan Haru. "

Wah. Omongan lo seperti orang dewasa aja ni. Betul ke budak tu budak kecil ? Entah-entah ada roh orang dewasa yang kawal badan budak tu. Ish dia makin pelik ni. " Kalau aku tak sayang kau, dah lama aku buang kau. Sekarang kau ada lagi dekat sinikan ? Fikirlah sendiri. " Laju budak itu masuk ke dalam dakapan Jaemin membuatkan dia sekali lagi terdiam.

" Appa, saranghae~ "

KS: Papa Muda » Na Jaemin « ✔Where stories live. Discover now