lapan

588 133 44
                                    

"Woi! Jangan buat benda tak senonoh dalam rumah aku!" sergah Jaemin. Lantas Jaemin menarik lengan Sijeu untuk bangun dari badan Jeno.

Pipi Sijeu mula merah "K-kita orang tak buat apa-apa lah! Aku terjatuh je tadi" bantah Sijeu.

Heol. Suka hati dia je cakap Sijeu dengan Jeno buat benda tak senonoh. "Ah kisahlah. Dah korang tunggu di sini. Aku nak masak" kata Jaemin.

"Eh eh tak perlu. Aku dan Jeno perlu pulang sebab makanan tengahari aku kena masakkan untuk abang aku"

Sijeu menarik tangan Jeno untuk berdiri. Jaemin memuncungkan mulutnya "Alahh korang je kawan aku di kampung ni. Ikutlah aku makan tengahari ni" pujuknya.

"Lahh tak dapatlah weyh. Aku memang kena pulang sebab nak masak" dalih Sijeu. Jaemin pun terpaksa akur. Sijeu menggengam tangan Jeno dan mereka berjalan pulang.

Baru setengah jalan mereka pulang. Sijeu terserempak dengan kawan sekelas dia masa sekolah. Yooah dan Kweuna.

"Eh Sijeu. Siapa tu?" tanya Yooah. Dia menahan Sijeu dan Jeno daripada terus melangkah.

Sijeu hanya menggumam "Hmm t-tu sepupu aku. Ha! Sepupu aku. Baru datang dari Seoul semalam" tipunya.

Takkanlah nak bagitahu tentang hal yang sebenar? Kweuna mengangguk perlahan. Dia menghulurkan tangannya pada Jeno.

Kweuna menayangkan senyuman dan paling manis dan cukup membuatkan Sijeu menyampah. "Hai oppa! Saya Kweuna!"

Jeno hanya mengabaikan tangan Kweuna lalu menyandarkan kepalanya di bahu Sijeu. Pipi Sijeu bertukar merah.

"Masa ni pula kau nak acah sweet" desis hati Sijeu. Lantas Sijeu menolak kepala Jeno.

"Woo~ Couple dengan sepupu sendiri" ejek Yooah.

Sijeu menggigit bibirnya sambil menggelengkan kepalanya "Aniyo! Ish kau ni tepilah!"

Yooah memegang lengan Sijeu "Tunggulah dulu. Amboi~ Mentang mentang sepupu dia handsome. Btw Jeno, nak nombor phone boleh?"

Sijeu dah berpeluh-peluh sebab takut Yooah tahu keadaan Jeno sebenar. Dia ni mana ada pandai bercakap.

Tanpa menjawab Yooah, Jeno berjalan menjauhi mereka. Hati Sijeu dah bersorak kegembiraan dan bersyukur Jeno berlakon macam orang normal.

Eh? Zombie pandai berlakon ke? Lantaklah.

Kweuna gelak pada Yooah sedangkan Yooah hanya mendengus "Sombongnya sepupu kau! Macam kau" marahnya lalu meninggalkan Sijeu terkebil-kebil seorang diri.

Tanpa buang masa, Sijeu mempercepatkan langkahnya untuk menemui Jeno. Tak susah untuk dia cari Jeno sebab Jeno jalan lambat. Sijeu pun tarik Jeno untuk jalan lebih cepat menuju ke rumah.

Sampai sahaja dia di rumah, ketujuh-tujuh abangnya sudah pulang "Sijeu, lambat kau balik hari ni" tegur Namjoon.

Sijeu menggaru kepalanya tak gatal "Ada masalah sikit tadi"

Achoo !

Jeno bersin, kesemua abang Sijeu pandang dia dengan pandangan yang susah ditafsir "Siapa ni Sijeu?" soal Jhope.

"Aik? Jeno lah siapa lagi?"

Ketujuh-tujuh lelaki tadi mengerumuni Jeno. Sijeu ditolak mereka ke tepi.

zombie bendul crush aku, jeno.Where stories live. Discover now