Sijeu terkaku pandang senyuman Renjun. Bukan sebab tampan tapi dia tahu senyuman tu mengukir seribu satu makna.
"Eh kenapa berdiri tercegat macam tu? Ha duduklah. Tak apa, harini oppa bekerja. Kamu rehat je" tegur Seokjin.
Haechan ketawa. Dengan ragu ragu, Sijeu melabuhkan punggungnya di tepi Jeno. Renjun menghulurkan tangannya pada Sijeu.
"Hai, aku dah tahu kita dah kenal but let's do in proper way. Aku Renjun" ujar Renjun.
Sijeu menyambut huluran Renjun tadi.
"Terima kasih jagakan dia untuk kami" bisik Renjun dengan acah psiko pfft.
"Aaa..." Jeno mencucuk pipi kanan tirus milik Renjun. Sijeu lantas menarik tangan Jeno dan dia menghalang Jeno daripada mendekati Renjun dan Haechan.
"Korang nak apa dekat sini?" tanya Sijeu agak kasar.
"Woww. Relax lah, kita orang datang sini pun sebab abang kau pelawa" jawab Haechan selamba.
Dia bermain dengan telefon nya. Entah apa yang dibuat Haechan. Sijeu menggigit bibir. Buntu nak buat apa. Nak lari pun tak ada guna.
Renjun berdehem "Jadi, Sijeu. Kau nak pulangka-"
"TAK! Aku takkan bagi Jeno pada korang balik" kata Sijeu tegas.
Haechan mengangkat kening kirinya tanda hairan "Tak puas lagi habiskan duit dia? Aku tengok dekat bank account dia dah dua juta won lebih kau orang habiskan duit dia. Nak bayar balik?"
"Nasib baik aku dah bekukan malam semalam. Fuh, kenapa aku buat benda ni lambat sangat eh? Dah dua juta won lebih terbazir. Tapi aku yakin korang dapat bayar kan?" tanya Haechan sarkastik.
Sijeu terkedu. Patutlah malam tadi Jimin mengamuk sebab kad tak dapat guna. Dibekukan rupanya.
"I-itu"
"Shuhh. Dah diam. Aku malas nak bincang tentang ni cuma aku nak cakap kalau kau bagi Jeno baik baik. Aku rasa takkan ada perang"
- ♡ -
Lama kelamaan, abang abang Sijeu dah pergi dari kebun tu. Dorang dekat stor agaknya. Hari pun dah senja. "Sijeu. Kami balik dulu. Jadi, kau nak bagi Jeno sekarang atau tak?" soal Renjun.
Sijeu menarik Jeno ke belakang badannya. "Aniyo. Aku takkan bagi kat korang. Tak kisahlah kad Jeno dibekukan atau tidak"
Renjun menganggukkan kepalanya. "Baiklah. Kita orang pergi dulu" pamitnya lalu menarik Haechan yang bingung dan meninggalkan Sijeu dengan penuh tanda tanya.
"Kau dah kenapa lepas macam tu je? Tak nak balik Seoul ke? Aish!" omel Haechan.
"Siapa cakap aku nak lepas macam tu je. Kita perlu rancang plan yang lebih kemas untuk culik Jeno dari Sijeu. Lagipun kita boleh track dekat mana rumah Sijeu selagi Jeno ikut dia pulang rumah" tukas Renjun.
"Kau nak plan apa lagi? Weyh kalau kau tarik je Jeno tadi-"
"Tarik pastu buat apa? Lepas tarik, nanti kecoh! Aku nak benda ni handle dengan tenang. Kita culik Jeno senyap-senyap pastu bawa balik drive ke Seoul lepastu hantar dia ke hospital. Kan senang"
Haechan terdiam
- ♡ -
Sijeu pulang ke rumah dengan Jeno yang setia berjalan di sebelahnya dan ikut kemana sahaja Sijeu pergi.
YOU ARE READING
zombie bendul crush aku, jeno.
Fanfiction🖇️𖥻 [ lee jeno fanfiction ] ❝ Aku tak sangka kau zombie. Kenapa kau tak gigit orang? Kau ni zombie puak zombie kampung pisang eh? ❞ Sijeu. Satu-satunya anak dara dalam keluarga dia. Ada abang tujuh orang. Dahlah anak bongsu. Mak pula tiada. 21 tah...