dua puluh

665 130 73
                                    

( re-edit ver )

"DARI AWAL AKU TAKKAN LABUHKAN HATI AKU UNTUK KAU!"

Ayat itu terngiang-ngiang di kepala Jeno. Maksudnya, Sijeu sukakan dia? Jeno tak tahu kenapa tapi hatinya berbunga-bunga apabila dapat tahu bahawa Sijeu sukakan dia.

Tapi… Dia cintakan Yeeun. Dia tak boleh curang dengan Yeeun. Jeno mengusutkan rambutnya yang elok tersikat. Serabut dengan kata hati dan akal fikiran. Jeno terus mencapai segelas jus oren untuk membasahkan tekak. Tiba-tiba, gelas yang dipegangnya jatuh.

Jeno berasa tidak sedap hati namun tak diendahkannya perasaan itu lalu berhajat untuk masuk tidur. Yeeun? Katanya dia bermalam di hotel. Jeno tak sedar… Tempat terpencil macam ni jarang ada hotel.

Jeno menutup matanya tapi setelah puluhan minit dan pelbagai gaya, susah untuk dia tidur. Akhirnya, Jeno mengalah dan bangun untuk pasang televisyen. Berita baru sahaja bermula.

"Patutlah tak ada rasa nak tidur. Masih awal rupanya…" monolog Jeno. Disebabkan siaran televisyen yang agak membosankan, Jeno lantas mengambil jaketnya dan cuba mengambil angin.

Dia berjalan dan ternampak banyak kunang-kunang. Entah kenapa Jeno teringat dengan Sijeu.

Flashback !

Sijeu menarik Jeno untuk mempercepatkan langkahnya. "Yah palliwa! Awak jadi lelaki pun lambat!" rajuk Sijeu.

Jeno hanya turutkan sahaja permintaan Sijeu. "Awak sabarlah! Nanti terjatuh!" pesan Jeno. Baru sahaja Jeno mengingatkan Sijeu, perempuan itu sudah jatuh. Jeno menawarkan untuk piggyback Sijeu tetapi gadis itu menolak.

"Kalau awak tak nak naik, saya pulang nanti" ugut Jeno.

"Ish! Awak ni!" rajuk Sijeu. Jeno hanya ketawa memandang mulut Sijeu yang muncung sahaja.

Jeno hulurkan tangannya pada Sijeu dan gadis itu menyambutnya. Sijeu menepuk-nepuk bahagian punggungnya, takut debu tanah melekat pada bajunya.

"Naiklah Sijeu… Nanti saya bawakan tempat yang awak nak tunjukkan itu. Boleh ya?" pujuk Jeno dengan suara lembutnya.

Entah bagaimana Sijeu boleh termakan pujukan Jeno. Sijeu pun naik dan sungguh, dia tak menyesal. Sungguh selesa didukung Jeno. "Sijeu, saya tahu seronok sebab saya dukung tapi kita nak jalan ke mana?" Jeno tersenyum senget apabila Sijeu mula gelabah.

"E-eh. Ha, jalan depan lagi. Nanti ada simpang tiga. Masuk sebelah kanan" arah Sijeu. Mereka pun berjalan- ralat. Jeno pun berjalan dengan senang.

"Dah sampai…"

Jeno melilau kanan dan kiri. Tiada yang special. Dia mengoncang badan Sijeu yang mendiamkan diri. Tidur mungkin.

"Huargh! Dah sampai? Ha, tunggu sekejap ya…"

Tak lama kemudian, ada kunang-kunang hinggap di hidung Jeno. "WARGHHH!" jerit Jeno lalu dia dan Sijeu jatuh.

End flashback!

"Hahahaha…" gelak tawa yang samar-samar kedengaran. Jeno mengikut arah tawa itu. Mulanya, dia tak nak ambil peduli tetapi rasa ingin tahunnya membuak-buak.

Alangkah terkejutnya Jeno apabila dia melihat Yeeun berdua-duaan dengan lelaki lain. "Yeeun?" panggil Jeno. Lelaki tadi terkejut lalu melarikan diri manakala Yeeun masih kaku di tempatnya.

PLAK!

Tangan yang terketar-ketar, Jeno menampar Yeeun. "Kau… Aku benci kau!" marah Jeno. Dia teringat akan Sijeu. Tanpa melengahkan masa lagi, Jeno berlari menuju ke rumah Sijeu.

zombie bendul crush aku, jeno.Where stories live. Discover now