( btw jemput baca fanfic johnny ehe )
Semua jadi senyap. "Eh eh aku bukan suruh kau orang terus diam tapi perlahankan sikit suara korang" kata lelaki tadi.
Sijeu hanya mendengus. "Ah btw nama kau? Aku kurang bersosial dalam kampung ni. Maaflah tak kenal kau"
Lelaki tadi hanya tersenyum "Nama aku Minhyung. Panggil je Mark. Tak apa. Aku pun jarang bersosial. Kau?"
"Aku Sijeu, ni Jaemin, Renjun, Jeno dan Hae-"
"Boleh tak kita sambung sesi perkenalan nanti? Aku rasa kita patut ubatkan Jeno ni dulu lepastu kita ubat yang lain" sampuk Haechan.
Tanpa berlengah lagi, mereka mengikuti kemana sahaja Sijeu pergi. Dalam keadaan, mengensot-
Ye lah, nanti dorang berdiri. Zombie nampak, tak pasal-pasal kena kejar. Sedangkan Jaemin cuba menahan rasa mual. Dah beberapa hari dia tak sedap badan. Nak kata mengandung-
EH! Dia lelaki! Rasa sakit di kepala Jaemin semakin kuat. Jaemin memegang kepalanya. Cuba untuk tak keluarkan bunyi. Perlahan-lahan, rasa sakit itu hilang.
Uhukk uhukk
Batuk Jaemin. Haechan disebelah hanya mengerutkan keningnya "Kau dah kenapa? Demam?"
Hanya gelengan yang Jaemin beri sebagai jawapan. Dia perlu bertahan untuk ubatkan Si Jeno. Dorang mula hampir dengan kawasan rumah Jaemin.
Ada satu lagi halangan.
Depan rumah Jaemin, ada beberapa zombie. Bukan beberapa tetapi dalam belasan. "M-macam mana kita nak masuk dalam rumah kau?" soal Mark.
"A-aku uhukk pun tak tahu" jawab Jaemin. Rasa sakit di kepalanya makin teruk. Jaemin pun mula batuk.
Haechan merenung zombie tu sementara. Gelagat zombie yang mengejar kunang-kunang tu memberi Haechan satu idea bernas.
"Aku ada idea!" kata Haechan separa berbisik.
- ♡ -
"Kenapalah aku bagi cadangan ni?" keluh Haechan. Sekarang, dia dan Mark harus tarik perhatian zombie-zombie tu. Macam mana? Dorang kena naik motosikal yang tak jauh parking dari tempat dorang bersembunyi.
Lepastu tarik perhatian zombie yang berada dekat dengan pintu rumah Jaemin. Mark menelan air liur dengan pahit.
"Yang aku hairan. Kenapa aku kena tarik sekali dalam rancangan gila kau ni" Haechan mencubit bahu Mark. Walaupun baru kenal beberapa minit. Dah macam setahun berkawan!
Sekarang mereka berdua dengan penuh teliti mendekati motorsikal yang entah siapa punya. Kunci motor? Owner motorsikal tu kaya sangat, sebab kunci motor ditinggal dekat bakul motor tu.
Mark mula menghidupkan enjin motor sekaligus menghasilkan bunyi yang nyaring.
GRRR
Ramai zombie mula menyerbu mereka. Dahlah Haechan belum naik lagi! "Woi bodoh! Sabar! Aku belum naik!" tangis Haechan.
"Cepatlah naik bongok!" lantas Mark menarik lengan Haechan dan memecut laju motosikal.
"WARGHHH ASAL TERUMBANG-AMBING NI! KAU TAK PANDAI BAWA MOTOR KE?" pekik Haechan.
Renjun, Sijeu, Jeno dan Jaemin hanya mampu ternganga memandang aksi lawak spontan Mark dan Haechan. Pertama, lawak bila Mark dengan confident dan cool nya naik motor tapi rupanya tak pandai bawa.
YOU ARE READING
zombie bendul crush aku, jeno.
Fanfiction🖇️𖥻 [ lee jeno fanfiction ] ❝ Aku tak sangka kau zombie. Kenapa kau tak gigit orang? Kau ni zombie puak zombie kampung pisang eh? ❞ Sijeu. Satu-satunya anak dara dalam keluarga dia. Ada abang tujuh orang. Dahlah anak bongsu. Mak pula tiada. 21 tah...